Salam mesra buat semua..alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia kedai yang diusahakan kami.
hero2 saya ni memang suke dok depan pintu,susah kastemer nak masuk..
Syukur sangat2, kami ingin mengembangkan perniagaan ini yang dirancangkan sejak akhir tahun lepas tapi masih dalam proses..diharapkan semoga segala proses2 yang perlu dilalui dipermudahkan.
Sempena menyambut ulang tahun yang ketiga ini kami pun mengubahsuai sedikit pintu masuk kedai. Rak untuk display segala macam jenis kepala paip dari RM20 hingga RM300, pilih jerlah mana yang nakkan. Single, double, flexible sume ade dan akan ditambah lagi jenis dan rupa bentuk dari masa ke semasa bergantung kepada bajet.
Kami juga telah bawa masuk toilet bowl satu set dengan pam dengan pelbagai pilihan warna. Rupa bentuk toilet cangkung pun akan ditambah juga. Sinki ceramic, aluminium, stainless steel, besar, kecil dan yang berkaki juga ada. Harga dari RM40 hingga RM900, kepelbagaian ini perlu kerna setiap kastemer mempunyai citarasa yang berbeza, ade yang nak nipis, ada yang nak murah, ada yang nak sedang2.
Insyaallah jika bajet banyak kami akan menambah aksesori bilik mandi contohnya macam cermin, towel holder, tissue holder dan banyak lagilahkan. penat lak saya nak menaip sumerkan. Rasanya dapat gambaran macam mana ruper toilet yang lengkap dengan aksesorinya.
Kami juga telah mempelbagaikan jenis tombol, handle set, kunci mangga. Masa dah nak raya nanti kunci dan tombol memang laris, sebab memasing nak repair yang rosak2, maklumlah nak tinggal umah lam seminggukan. Bukan setakat rumah, kedai2 pun akan tambah mangga juge.
Semoga apa yang kami usahakan mendapat keberkatan dan segala kerja2 kami dipermudahkan. Wassalam..
Comments
Post a Comment