Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Amyra semasa kecil..

Salam buat semua..Sukenye mama izan, mk sdare amyra jumpe gambar2 myra masa kecik. Sebenarnye banyak lagi gambar2 lame. Mama tidak ketemu cd nya.Mama izan nak tunjuklah sikit gegambar amyra semasa kecilkan. Kat bawah ni semasa mama izan bekerja di hawami enterprise, pusat rawatan tradisional kat bangi. Kiranya membantu mak mertua mama izanlahkan. Mama izan mengemas di bilik. Amyra mengemas di meja kaunter. Semasa kecil pantang jumpe pen mesti die nak. Sifat ni menurun ke aniqlah..pantang kalo mama izan pegang pen sure die nakkan. Pusat rawatan ni masih beroperasi, di tingkat dua. Kalo parking kete kat bawah, lagi tinggi kene mendaki. Masa mengandungkan amirul paling terasa sakit otot2 kaki. Lagi2 kalo sampai kat hawami amyra tido, kenelah dukung dengan perut yang boyot ni. Agaknye sebab turun naik tangga nilah yang amirul kuar 2 minggu awal. gunting pun nak main suke sangat dengan pen.. tidur, setelah penat "bekerja" Kat bawah ni pula gambar kat rumah...sweet sangat gambar ni

10 tanda pemakanan yang baik

Salam mesra buat semua...Selama harini minum susu nespray tak perasan dengan apa yang ditulis pada pembungkusnya. Tapi harini tertarik lak nak bacakan. Jom tengok apakah 10 tanda pemakanan yang baik. 1. Berat badan sesuai dengan ketinggian. 2. Kulit yang cantik. 3. Pertumbuhan otot yang baik. 4. Mata yang terang. 5. Gigi dan tulang yang kuat. 6. Rambut berkilat dan bermaya. 7. Berselera makan. 8. Postur yang baik (bentuk tubuh). 9. Peka dan ceria. 10. Tidur yang lena. Cuba cek diri kita ni mengambil makanan yang baik ke?? Jika menepati ciri2 di atas makanya memang kita ni makan makanan yang lebih banyak khasiat. Agaknyer tiba2 tertarik pasal makanan sihat ni sebab mencari gambar makanan sihat dan tak sihat untuk amyra. Kadang2 saya terfikir apakah semua yang kita makan, akan diambil 100% oleh anak yang disusukan?? Memang patut pun ibu2 digalakkan banyak mengambil makanan yang berkhasiat dan banyak minum susu. Mama izan makan twisties tak banyak pun, just segenggam jer. Pastu amyra nak

Kemaskini dokumen

Salam mesra buat semua pengunjung...kebiasaannya di pagi ahad orang lain bersantai atau berjalan2. Tapi mama izan ambil peluang mentara anak tak bangun lagi dan tak kelam kabut untuk menyediakan anak ke sekolah..dengan mengemaskini segala2 dokumen baik untuk hawami hardware tersayang ataupun dokumen peribadi. Mama izan buat mana yang termampu sebelum projek bt 5, Maran bermula. Kalau tak buat dari sekarang, maknanyer tak menggunakan peluang masa yang ada sebaiknyer. Sebab nanti nak lebih kosentret pada projek tu. Layankan kertas2 yang banyak ni.. Mama izan ingin kongsikan beberapa sifat yang perlu ada dalam diri seseorang untuk transformasi diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnye. Dan sifat2 ini ade dalam diri suami mama izan. Sifat2 ni ialah 4B yang terdiri daripada berani mencuba, berdisiplin, bersemangat, bercita2 tinggi. Tanpa sifat 4B ini transformasi mungkin berlaku tapi untuk jangka masa pendek sahaja. Mama izan berharap agar kita sama2 mentranformasikan diri kita untuk mer

Mencari gambar...

Salam dan selamat sejahtera buat semua...rabu lepas amyra ditugaskan oleh cikgunye untuk mencari gambar makanan berkhasiat dan makanan tak berkhasiat. Nak citernye punyelah senang sekarang ni, hanya google jer dah jumpe banyak sangat gambar, tinggal pilih jer mana yang nak. Masa kita kecik2 dulu kalo nak cari gambar pape pun nak dibawa ke sekolah, puaslah membelek surat khabar, majalah dan sebagainya. Makin berusianya dunia ni makin canggih segala2nya. Kat bawah nilah gambar yang dipilih oleh amyra sendiri. Credit to google.. Makanan tak berkhasiat (unhealthy food) makanan berkhasiat (healthy food) Amyra pun hepi jer dapat melaksanakan tugasnye dengan bantuan mama izan. Hari khamis pula amyra ke ladang cendawan untuk melihat sendiri cara pengendalian cendawan dari tanam dan tuai..siap beli lagi dan makan di sekolah. Semoga amyra makin berdikari dengan adenye aktiviti luar sekolah sebegini. wassalam..

Akibat buruk loji nadir bumi di gebeng

Salam buat semua...macam2 yang kita baca pasal pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng,kuantan. mungkin ramai yang anggap biasa tapi kami tinggal di Temerloh, dekat jer dengan Kuantan kalau berlaku perkara yang tak sepatutnya. Kejadian letupan di loji nuklear Fukushima benar2 memberi pengajaran buat negara kita. Tapi loji di Gebeng tetap diteruskan. Walaupun jepun terkenal dengan ilmu sains dan teknologi, namun kuasa Allah tetap tidak dapat dihalang. Inikan pula Malaysia, tahap mana sangat teknologi kita yang dikatakan mampu menghalang jika berlaku malapetaka alam. Pada 2 April 2011, ahli parlimen kuantan, Fuziah Salleh menasihatkan MB, Pahang supaya memikirkan semula impak dari pembuatan loji ini. Banyak buruknyer kepada masyarakat di Kuantan, perniagaan, pelancongan, alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi mungkin juga terjejas. sumber Bulan mac yang lalu, lebih 100 orang menyertai demo anti sisa radioaktif untuk membantah pembuatan loji nadir bumi yang terbesar di dunia di Gebe

Mak Ayah mengerjakan umrah

Salam buat semua teman...hari ahad lepas kami berkampung di KLIA kerna nak menghantar mak dan ayah mertua mama izan untuk mengerjakan umrah. Kami doakan semoga mak dan ayah sihat tubuh badan dan dapat umrah maqbul. Bergambar kenangan sebelum ke KLIA.. akhir tahun ni bertambah lagi 2 orang cucu kecik.. Sampai di KLIA kul 11 pg..Penerbangan kul 2..Jadinya anak2 ni bermain2lah di tempat menunggu tu..sementara mak dan ayah check in dan simpan beg.Selepas mendengar taklimat dan berdoa. Bersalam2an dan bersedih2an..mama izan sedih gak tapi tak samapi mengalirkan air mata..mama izan redha dengan pemergian ini hanya untuk seketika..lagipun mak dan ayah ingin mengerjakan umrah..biarlah mereka pergi dengan tenang. Kami menghantar mak dan ayah sampai ke dalam tengok dari atas jer. Dah selesai barulah kami pergi makan. Dan kononnyer nak tengok mereka berlepas kat bahagian kargo.. tapi sampai kat tempat tu kul 2.30ptg. Walau apa pun..semalam mak dah tepon kata selamat sampai..alhamdulillah..wassala

Resepi mudah: ikan siakap stim limau

Assalam buat semua teman2...ini kali kedua mama izan mencuba masak ikan siakap stim limau. Dan mama izan nak simpan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan di masa hadapan. Sebelum nak masak mama izan adelah buat research sket bahan2nyer dan mama izan masak ni ikut citarasa kami sekeluarga. Mama izan pun lebih 5 kali makan kat restoran ikan siakap stim limau , dan barulah rase ade keinginan nak cuba sendiri. Masakan berstim ni mudah dan sihat, jadi bolehlah nak makan selalu. Tapi tang nak beli ikan tu, kene tengok bajet gak. Kat temerloh ikan siakap sekilo RM20 - RM25. Ikan yang mama izan beli ni lebih sekilo untuk makan tengahari dan malam. ikan siakap stim limau Bahan2 ikan siakap stim limau : * seekor ikan siakap (1 kilo lebih) * 5 biji bawang putih dihiris * 1 labu bawang besar di potong dadu * 2 inci halia diketuk (hiris pun boleh) * 6 batang serai dititik (dihiris pun boleh) * 7 biji cili api dihiris (ikut tahap pedas yang anda suka) * 2 biji tomato dipotong dadu * 6 biji limau ni

Resepi mudah: Puding jagung berkuah

Salam buat semua pengunjung...kebiasaannya bila tiba hujung minggu mama izan akan sediakan makanan2 yang agak ringan untuk dimakan pabila rase lapar. Ini pun kalau tak balik kg KL. Minggu lepas mama izan buat dadih perisa pandan dan mama letak nata dicoco, memang ngamlah. Anak2 pun sibuk je cakap "yummy2". Jadinya, minggu ni mama izan buat puding jagung berkuah. sebenarnya hari jumaat lagi mama izan dah buat. Dan mama izan nak kongsikan resepi mudah citarasa kami sekeluarga. puding jagung berkuah . . Resepi puding jagung berkuah: Bahan untuk puding: * 1 tin jagung berkrim * 2 tin air (sukat dengan tin jagung tadi) * 1 cawan castard (brand ape pun boleh) * 7 sudu besar gula (kalo tak nak letak boleh tapi agak tawar, kami suka manis sket) Campurkan kesemua bahan2 ni dalam periuk dan jerang atas api sederhana. kacau sentiasa sehingga likat. Kemudian letak dalam bekas. Bahan untuk kuah: * 1 tin susu cair * 1 tin cocktail * 1 sudu teh esen vanila * 6 sudu besar gula * 1 sudu tepu

Tarikh lahir dalam bulan hijrah

Salam buat semua pengunjung setia...ramai yang tidak tahu bulan apakah mereka lahir dalam kalendar islam/hijri. Jadi mama izan jumpe kalendar untuk cari bulan kelahiran mama, suami dan ank2 dalam kalendar hijri. Dan inilah hasilnya: mama izan : 12 Rabiulawal 1401H suami mama: 22 Ramadhan 1400H Amyra Fariza: 25 Syawwal 1426H Amirul fariz: 3 Ramadhan 1428H Aniq farhan: 8 Zulkaedah 1430H Dan tak sangka rupenyer mama izan sama hari kelahiran dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Suami mama dan amirul sama bulan kelahiran, dan memang pun sikapnyer lebih kurang jer. Untuk pengunjung yang rajin ke blog mama izan, mama izan sediakan kalendar tu. Senang saje, hanya tentukan tarikh dengan klik pada button triangle untuk bulan dan tahun dan klik pada tarikh lahir, dan kat atas kalendar tu tertera tarikh lahir dalam hijri. Selamat mencuba..wassalam..

Hujung minggu yang sibuk..

Salam buat semua pengunjung..didoakan semua sihat dan mudah dalam segala urusan. Oleh sebab anak2 keboringan tak kuar jenjalan memane, so aktiviti petang bermandi lam pool di stor bawah. Seronok gak mereka main, tapi baby aniq yang baru bangun tidur moody lak, tak nak join kakak dan abang. Di Temerloh ni ade satu jer pasaraya besar iaitu THE StOre. Harga barang2 yang bukan keperluan harian sangat2 mahal. Mama izan taka tahulah samaada mereka mark-up harga tinggi atau memang barang tu berkualiti sepadan dengan harganya. Jadinya mama izan akan membeli bila ade promosi jualan murah sahaja. Barang2 yang mama izan maksudkan ialah seperti baju kanak2, baju lelaki dan wanita dan cadar2. Semalam ade offer cadar2 sehingga 80% diskaun, mama izan tanya suami, boleh tak nak membeli, suami mama kata ok..sukernyer rase. Beli cadar pun setahun sekali bila ade offer macam ni. Mama izan silap tekniklah..so kene teleng sket kalo nak tengok, cadar nilah mama izan beli. Tak nampak harga lak.. Mahalkan..ka

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada