Salam mesra buat semua..alhamdulillahi rabbilalamin..
Ingin saya ceritakan, ade sebuah kolej ni bagitahu kami yang ada beberapa pembekal kaum Cina sanggup dengan tidak membekal barangan kepada kolej tersebut daripada mendaftar dengan kementrian kewangan (MOF). Kami tak pasti samaada rumit dan susah ataupun mereka malas nak layan sistem ni.
Memang betul rumit, daftar online, pehtu kene hantar ke putrajaya, daftar rm450 dan smart card rm199, mesti renew setiap 3 tahun. Sebenarnya taklah 100% online. kolej tu minta kita sebut harga untuk satu2 order, bape kali kami kene fax, pastu sijil MOF, SSM sume kene fax..kuar duit gak nak fax tu..belum lagi yang call2..entah bape kali kami nak kene call untuk konfem sebut harga, lulus ke tidak..macam2lahkan..bab2 call2 ni suami saya yang handle.
Kali ini akan saya kongsikan sedikit panduan untuk mendapatkan smartcard ePXS. Yang ni senang sket, anda hanya perlu pergi ke eP centre berdekatan anda, bagi kad pengenalan. Pastu pihak eP akan bagi smart card dan surat. Pembelian smartcard hanya boleh dilakukan sekiranya permohonan dengan MOF sudah diluluskan.
inilah rupernyer smardcard ePxs tu..
Dalam surat tu ade nombor pin yang anda perlu masukkan untuk log masuk medium akses eP. Dalam tu ada link buletin tindakan, tender, sebut harga dan macam2 lagi. Jika pihak peminta barangan dah bersetuju dengan sebut harga yang kita berikan, mereka sendiri yang akan masukkan maklumat barangan yang dipinta ke dalam sistem eP dengan memasukkan nombor MOF syarikat kita.
Jadi, bila dah masuk dalam medium akses eP, barangan yang diminta akan masuk ke dalam buletin tindakan sistem kita, jadi kita hanya perlu mengesahkan atau membatalkan permohonan tersebut.
CD juga dibekalkan untuk install sistem ni dalam komputer.
cd yang diberikan
Pen drive ePXS hendaklah sentiasa dipasang seperti gambar di bawah jika hendak log masuk ke medum akses eP.
Rasanya ini saja yang mampu saya kongsikan, selebihnya jika anda mempunyai masalah semasa mengendalikan sistem ini, bolehlah menghubungi wakil eP centre berdekatan anda.
Kelebihan sistem ni..kata mereka kurangkan kos pentadbiran mereka. Bayaran yang cepat. Dan boleh amik LO atau tender. Terpulanglah kepada anda samaada nak daftar atau tidak. Jika perkara ni banyak baiknya kepada anda maka eloklah diteruskan.
..ok..jumpa lagi
salam,
ReplyDeletebetul kata puan. e-perolehan agak rumit prosudernya, contohnya kalau yang tiada premis sendiri/sewa siap nak geran tanah atas nama pemilik sebagai bukti.jenuh nak mencarinya.
last-last saya hold dulu.
usaha tangga kejayaan, moga dgn tidak berputus asa kita akan segera mencapai kejayaan, dunia & akhirat. Peluang inilah yang kita patut gunakan sb tak ramai pesaing.
ReplyDeletetak susah daftar e-perolehan ni.... mudah je... saya daftar permohonan 24 januari 2013 (khamis) pada 28 Januari 2013 (Isnin) dah lulus daftar kewangan... dokumen saya hantar by hand.... kemudian daftar bumiputera sama juga, tak sampai seminggu dah lulus.... bagi premis disewa tu, saya takde S&P dengan tuan rumah, saya bisnes dari rumah, so saya bgtau pegawai yg incharge tu, saya cume boleh sertakan bil astro yg dialamatkan atas nama saya di alamat premis tersebut... sebagai bukti saya menduduki premis tu.... pegawai tu terima.... alhamdullilah.... mudah je prosesnyer ....
ReplyDeleteuntuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi ke laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu ) dan yang paling best dapat geran kerajaan bernilai seribu ringgit for starter(include website dan domain+notification tender online)...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sekejap je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.
ReplyDeleteYou provide great information about Tenders, we have large database of Tenders source and great offer in Tender.
ReplyDeletetenders online & government tenders