Skip to main content

Makan spagetti sepanjang hari sabtu..

Salam buat rakan2..alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang dilimpahkan..

Lama rasenya tak makan spagetti buatan sendiri. Kali ni masak guna mee spagetti, ayam cincang dan tomato puree brand ayamas. Saje nak rase kesedapannya. Terus terang saya cakap, mee spagetti, san remo spagetti tak bape sedap untuk tekak saya dan suami. Biasanya saya akan masak mee vermicelli san remo..halus sket.

Ikutlah citarasa anda nak masak yang mana kan, memasing ada citarasa yang tersendiri..betul tak? Amyra memang suka sangat spagetti, masa masak tu dah terbau2 dah kuahnye, siap cakap .."..cepatlah masak..nak makan mee ni..".

Nak resepi ke?..erm mudah jer, kat mana2 boleh cari resepi ni. Nantilah saya fikirkan nak kongsi atau tidak resepi ni. Sebab malas nak taip banyak2..hua..hua..


mee spagetti yang dah siap direbus..



kuah yang sudah siap masak..terkeliur jer tengokkan..




siap sedia untuk dimakan..





Alahai cane ni..nanti ade lak yang kata kedekut resepi..sementara baby tak bangun lagi, saya taiplah yang semampunya.

Resepi spagetti mudah.

*4 biji bawang putih (ditumbuk)
*1 labu bawang merah (di potong dadu)
*1 biji tomato (dipotong dadu)
*1 tin cendawan butang (dipotong kecil2 ikut suke)
*1 tin tomato puree
*1 tin prego cendawan
*1 bungkus daging / ayam cincang (brand ramlee/ayamas)
*2 senduk sos cili
*1 senduk sos tomato
*sedikit oregano
* garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih lam periuk sehingga bau harum. Kemudian masukkan bawang merah masak sehingga layu.
2. Masukkan pula daging/ ayam cincang masak sehingga agak empuk.
3. Masukkan tomato puree, prego. Agak mendidih masukkan cendawan butang dan tomato.
4. kemudian, masukkan pula sos tomato dan sos cili serta oregano.
5. Dan akhirnya perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap, mudahkan..campak jer lam periuk..Jangan lupa..masa rebus mee spagetti tu letak sedikit garam..dah menddidih baru masukkan mee yer.

Rasanya resepi paling mudah, kalo tak sempat nak masak pape, masak spagetti jerkan. Memang tak leh bagi alasan pape kalo sebegini mudah masakan..kecuali malaskan..biasalah kita ni kadang2 makan jer rajin..masak malas..

Saya biasanya rasa malas masak bila masa baby peluk betis bergayut..hilang dah mood masak.Tapi now baby dah besar sket, on jer cartoon kat tv..lekalah die tengok..

ok..jumpa lagi..mana yang baik dijadikan panduan yer..wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...