Skip to main content

Samudra ikan bakar di Port Dickson

As salam buat semua teman2. Mulakan hari kita dengan senyuman yang sangat ceria. 

Awal cuti sekolah pertengahan tahun hari tu kami ke port dickson atau PD senang nak tuliskan, memenuhi jemputan kenduri kawin sepupu saya iaitu amiera. Tahniah buat amiera dan suami ye. Memang saya dah plan nak bawa anak2 bercuti di PD, memandangkan cuti sekolah kali ini staff memasing dah minta cuti, so dah alang2 di PD, jenjalan jerlah kat PD kan (sebenarnyo dah maleh nk pikir kek mano lai nk poi).

 


 


Kami menginap di TBR jer iaitu Tiara beach resort. Sebelum nak poi makan ikan bakar yang tak tahu apo raso ehh. Kami singgah kek pantai tolok komang dulu.Ayo..montang2lah poi nogori 9, den bantai cakap nogori...sonang jo fahamkan.

Sajo jo nak tonangkan pikiran den ni yang borek dongan semuo perkaro sambil nak layan sunset ni haa. Lopeh tu kami poilah cari medan ikan bakar yang agak glemor kek PD ni. Pueh pulo moncari ehh sampai sosek baretlah dibuek ehh.

Akhirnyo, jumpo jugo, pongot(perut) dah lapo ni. Pueh pulo momilih mano yang berkenan, ado banyak restoren kek situ. Main2 osom2 jo lah...den pun pilih sotong 2 ekor di goreng tepungkan, udang 5 ekor bosar masak tomyam dan ikan kerapu dibakar. Susah pula nak tulis loghat nogori nih. Kami pilih ikan kerapu sebab susah sangat nak dapat kat temerloh. Kalo ikan siakap tu sonang nak dapat dan saya dah boleh masak sendri. So, skarang ni kalo pegi memane memang layan ikan kerapu jerlah. Harga ikan kerapu ni memang mahal sket dari ikan siakap.

Bila dah dihidangkan, kami pun makan anak beranak, seronok sangat makan masa ni dan makanan yang dimasak memang marbeles, boleh bagi 4*/5*. Tomyamnye memang tak leh tahan sampai menghirup kuah sebab sedap sangat. Paling best sambal ikan bakar ini ado potai..memang peberet den potai ni. Berbau harumlah toilet yer...sekali sekale takpe kot. Nilah hasil yang kami makan..alhamdulillah..blurp..


 semua ni lebih kurang RM100++. Tak bape ingatlah..lagipun en.suami yang bayar.


saya sajerlah amik gambar ni, kotlah ade sesape nak makan kat sini.

Lupa lak nak tulis, medan ikan bakar PD ni dekat2 dengan jetty. Secara specific tak tahulah pula, sebab pegi PD pun bertahun2 sekalikan. Pepandailah google ehh. Dah sudah makan, kami pegi jenjalanlah sekitar PD, gi waterfront PD...erm ade playground untuk anak2 main...tapi gelaplah. So, kami balik resort jerlah..kumpul tenaga untuk berendam esoknya..
Ok..jumpa lagi..wassalam..

Comments

  1. Pernah pegi sekali je kat tiara tu..
    Best jugakkannn...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk review anda
    -Hj Fared

    ReplyDelete
    Replies
    1. terina kasih juga kerna sudi tinggalkan konen En. Hj. Fared..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...