(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, June 8, 2012

Jambatan gantung kuala semantan, temerloh

As salam buat teman2...moga hari ini bertambah rezeki kita..insyaallah. Beberapa minggu yang lalu, suami saya bawa kami sekeluarga ke suatu tempat yang agak menarik untuk bersantai. Dan tujuan sebenarnya ialah nak makan tengahari di situ. Memandangkan kat situ macam2 ada, so..kami bersiar2lah dulu.

Pengusaha restoran ini memang dah popular kat temerloh ni, di bandar temerloh saje, dah ade 2 restoran. Disini namanya dataran patin. Kreatif sangat, mereka buat sangkar burung dan arnab di kawasan parking...kemudian ada kolam ikan dengan landskap tumbuh2an yang menarik, memang rase tenang jer.




Pastu suami saya ajaklah naik jambatan gantung yang menghubungkan esplanade temerloh dengan dataran patin ni. Tengok pada ketinggian dan kepanjangan jambatan ni sudah cukup menggetarkan kepala lutut saya. Maklum jerlah saya ni gayat....eh..he..he

Amyra dan aniq serta papanya dengan tenang hati jer naik. Saya tengok dari jauh jer. Ramailah pula orang yang naik masa tu. Saya pun naiklah tangga nak ke jambatan tu yang lebih kurang tingginya 3 tingkat bangunan. Amirul  pula yang tak nak naik..tatuuut katanya. Sata cubalah naik sampai pelantar. Alahai..bergoyanglah pula pelantar ni macam jongkang jongket tapi tidaklah kuat sangat. Tali yang mengingat pelantar ni pun kemain lagi bergoyangnyer. Sungguh mendebarkan.. saya pun ajak anak2 dan suami turun cecepat.






Klik kat sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jambatan ni. Malas pula nak menaip bebanyak. Jambatan gantung kuala semantan, temerloh.



Dah penat berlari2an dengan anak2..kami pun kelaparan dan makan tengahari kat restoran ima, di dataran patin. Menu biasa2 jer,  datang pun nak bawa anak2 bersiar2. Kami sempatlah juge berbual mesra dengan tuan punya restoran ni. Semua ubahsuai, landskap dan sebagainya ditanggung sendiri oleh mereka. Bagi saya, di temerloh ni...nilah satu2nya restoran yang sangat kreatif dari segi hiasan dalaman dan luaran.



Tempat makan pun bukan hanya sejenis kerusi saja. Tapi 3,4 jenis juga kalo tak silap..memang memenuhi citarasa pengunjung. Dan ade bilik aircond bagi mereka yang tak tahan panas..ngeee



Cara hidangan sajian buffet pun menarik. Kepada sesiapa yang ade keje kat temerloh tu, tak tahu nak makan kat mana, bolehlah mencuba menikmati makanan di sini.ok..illalliqa'..wassalam


1 comment:

  1. dgr citer jambatan tu tak selamat. sebab tak lepas ciri2 keselamatan.. tapi taktau la betul ke tak kan.. [singgah sini pulak :)]

    ReplyDelete