Skip to main content

Legoland Malaysia - Akan dibuka

As salam... buat semua..semoga semuanya dalam keadaan yang sihat wala'fiat. Kebiasaannya, jika saya ada ruang waktu memanglah layan FB kan. Sesambil tengok update dari rakan2 dapat juga menambah ilmu dari pelbagai bidang. Saya teruja dengan post rakan saya mengenai tiket masuk ke legoland yang mencecah hingga ratusan RM. Jadi saya teringin sangat nak tahu apa yang ada di legoland malaysia sehingga tiket masuk sangat mahal.

Saya pun melayari laman web legoland malaysia. Wah...tersangatlah besarnya dan akan dibuka hujung tahun 2012. Bolehlah nak kata macam genting theme park, tapi peralatan permainan kat legoland ni dibuat daripada lego nampaknya. 


 
Gambar: ihsan google

Brochure di bawah ni menunjukkan kawasan legoland malaysia. Menarikkan?? Kalaulah tiketnya juga agak berpatutan dan semua lapisan masyarakat boleh masuk lagi menarik. Memasing dapat melihat sendiri rekaan2 daripada lego nih.


Gambar: ihsan google

Gambar: ihsan google


Macam2 ada di legoland ni, replika tempat2 menarik di luar negara juga ade. Erm..berbaloilah kot skali masuk kesini. Lupa pula nak bagi tahu legoland ni di johor bahru. Sebelum ni pun saya ada tertengok kat tv pasal legoland ni, tapi x pasti di malaysia atau di tempat lain.

Untuk lebih informasi mengenai legoland malaysia ni, bolehlah layari www.legoland.com.my. Mungkin boleh dijadikan salah satu destinasi percutian bersama keluarga. ok..cukup setakat ini, nak cerita lelebih pun tak pergi lagi. jumpa lagi..wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...