Skip to main content

Sehari dua di kampung @ selangor

Salam ceria buat semua teman2...

Selamat menyambut tahun baru buat semua..pejam celik jer dah berada di bulan muharram kembali...jadinya sape2 yang ade tertinggal posa tu lehlah ganti dari sekarang supaya tidak terkocoh kacah nanti. Harini pun mama izan dah start qada' posa..hari pertama ni rase agak letih sket dengan melayan kerenah anak2 yang pelbagai.
Hari minggu yang lepas kami lek kampung kat jenderam setelah sumenyer pulih dari demam,selsema dan batuk. Mama izan memang berhajat nak bawa anak2 bermain2 sakan bila sume dah sihat. Jadinya berjalan2 jerlah kami.

Petang jumaat tu kami pegi ke alamanda, putrajaya...anak seronok main play ground dan main2 game yang ade disitu. Pastu makan2...papa biaselah mesti makan hot plate, kat temerloh nih xde satu tempat makan pun yang ade menu hot plate..mama lak makan waffle dengan aiskrim..amik yang plate jenuh gak nak menghabiskannya..sebaiklah anak2 pun minat gak.

Bergambar2ran di alamanda, putrajaya:








Hari sabtu bawa anak2 tengok rabbit kat Mid valley..tapi x seronoklah sebab xleh nak pegang2 dan manje2an...xpuas bebudak nih..jalan2 tengok air pancut...jakun betul bebudak nih..memang diorang nih xpernah lagi tengok..lam setengah jam gaklah bertapa kat situ..perut pun sudah berkeroncong..bebudak pun dah datang hok heknyer sebab lapo. Name jer gi mid valley tapi nak gak makan kat dusun sup gear box @ bangi. Kat sini ade bezanya yang wat kami mesti nak makan kat sini kalo lek jenderam..ade tauhu bakar dan otak2, memang sedaplah.


nak posing gak kat air pancut nih..

bebudak ni xcited nak bergambar dengan bear besar..


Dari zaman blajar sampai kawin, beranak sorang, dua dan tiga..suami mama izan suke sangat makan kat sini..rase masakannya dari dulu sampai sekarang memang x brubah..menu wajib..sup ekor, otak2, tauhu bakar dan kerang rebus dan nasi2 gorenglahkan..sumer ni xsampai pun RM50. Dari warung sampai now dah jadi restoran yang besar..mantan PM dan PM skarang pun pernah makan kat sini.Tahniah buat tokeh warung dusun kerana bisnes sudah semakin besar.

Dah seminggu demam aritu jadinya berhajatlah nak berpeluh2an..so, hari ahad mama izan ikut suami pegi kebun mak dan ayah..x buat ape pun..just sapu2 daun kering yang bertaburan di bawah pokok. Baby aniq mama izan biarkan die explore kat dalam kebun tu.


cian kene gigit nyamuk..biase2kan diri ye aniq farhan..



mama izan menyapu dedaunan yang luruh



seronoknyer main air..mama x marah yer

Lepas ni xtau bila lagi dapat berjalan2 sakan macam ni..jika umur panjang dan dimurahkan rezeki boleh luangkan mase dengan anak2. Walaupun mama izan ni bekerja di rumah tapi kosentrasi kepada anak2 tu kurang..sibuk dengan kerja2.
Allahumma yassir...

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...