Skip to main content

Makan2 @ family gathering

Alhamdulillah...kami diberi rezeki dan ruang waktu untuk bersama2 berkumpul bersama keluarga belah en. suami. Sebenarnye abg ipar en.suami yang telah bercadang untuk belanja "makan besar" kami sefamili.

Memandangkan aniq buat hal masa ni, dan kebetulan saya dok berjauhan dengan en. suami, makanya saya hanya makan apa yang ade depan saya jer. Seganlah nak minta orang len tolong amikkan.
 Tak banyak gambar yang saya snap, sebab sibuk melantak...ekkeke

sempat berposing dengan en. suami...

Kami telah melantak dengan kenyangnyer di restoran ikan bakar tasik idaman, bangi. Banyak sangat menu yang disediakan, antara yang saya ingat, ialah butter prawn, sotong goreng tepung, tomyam seafood, ikan siakap 3 rase dan lain2 lagi. Makanan di sini adalah sangat sedaap, memang terbaik. Makan pun atas tasik..terapung2.

gambar penuh, mereka yang terlibat xtvt makan2..


Dan hari tu juge kami menyambut birthday afina maisarah..comeel sangat gambar afina pada kek ni..
Saya pula sibuk dengan mendeko beelon2 ni, xde belon x meriah lah pulaok nanti.
Selamber jerlah saya mengusung belon2 ni.




Kekanak ni bila dah siap makan...menjelajah jerlah sekitar restoran. Main belon2 tadi, sambil posing atas jambatan.

elok jer beratur bebudak nih...


sepanjang jambatan nih tergantung kayu golf dan topi....fuuhh..banyak betul kayu golf..agaknyer owner restoran ni suke main golf.

Terima kasih buat abg ipar en.suami kerana belanja kami makan. Lain kali boleh belanja lagi ekkeke.....
Semoga ukhuwah kami adik beradik sentiasa utuh walau dugaan hebat melanda...insyaallah.



Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora