Alhamdulillah..ade rezeki sket saya belilah bunga roselle di pasar tani hari ahad. Senang jer nak buat air ni. MIL saya yang ajar saya buat semasa saya masih tinggal di rumah PIL. Dan air ni rase masam2 sket dan sedap.
Resepi air bunga roselle:
750g bunga roselle ( yang dah dibuang biji dan dibersihkan )
3 liter air
1 kg gula
Caranya:
Masukkan kesemua bahan2 tadi kedalam periuk dan masak atas api sehingga bunga roselle agak layu.
air bunga roselle..
Kemudian tapiskan air tadi. Bunga roselle tu jangan dibuang...toskan dan keringkan dibawah panas matahari. jadilah halwa roselle. Yang ni suami saya sangatlah suka
halwa roselle
Saya lebih suka buat air roselle sendri daripada beli. Lebih terasa rosellenyer. Selamat mencuba..jumpa lagi..zai jian...
Comments
Post a Comment