(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Tuesday, November 6, 2012

Aniq Farhan 3 tahun

Alhamdulillah..anak mama izan yang sorang ni dah 3 tahun. Aniq Farhan, tahniah!! kerna kamu dah capai umur 3 tahun, banyak lagi perkara yang perlu kamu lalui selagi kamu masih hidup.
Mama sentiasa doakan yang terbaik buat kamu dan mama sangat2 hepi bila mana kamu sudah boleh bercakap 3 patah perkataan dengan baik.
Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing2, namun mama tidak membezakan kamu dengan kakak dan abang yang boleh bercakap lebih cepat dari kamu. 
Mama sentiasa bantu kamu untuk menjadi lebih baik.
Semoga Aniq Farhan menjadi anak yang soleh, bijak, cerdik dan berjaya dalam apa jua bidang yang kamu minat..aamiin.
Kami menyambut hari lahir aniq kecil2lan sahaja di rumah PIL saya. Menjamu sedikit juadah buat adik beradik, PIL dan anak2 sedara sebelah suami.
Antara juadahnya, kek birthday red velvet, spaghetti, fries dan nugget. Memang sangat simple, dan saya rase anak2 saya sangatlah hepi. 

kek red velvet..sedap

bergambar kenangan

Dengan decoration yang agak simple, saya yang buat belon2 tu..ala2 gitu. Bolehlah untuk anak2 main. 
Seronok tengok mereka main belon2 tu, macam2 yang mereka buat, membantu daya pemikiran yang kreatif secara tak langsung.

bergambar dengan anak2..


aniq farhan potong kek..


Saya tak kisah deko kek tu simple jer, saya menitik beratkan rasa kek dan anak2 suka nak makan. Alhamdulillah selesai sudah majlis ni, semoga menjadi kenangan buat anak2..
ok..zai jian..


No comments:

Post a Comment