(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, November 29, 2012

Belajar menjala kali pertama..

Alhamdulillah...kita berjumpa lagi. Sebelum nak sambut besday k.mia bersama2 family saya merancang dan fikir apa menu yang sesuai dan semua boleh makan. 
Sebabnya en. suami dah cakap awal2 yang nasi ayam dan spagetti tak nak. 
Fuuh...jenuh juga saya fikir..dan akhirnya saya bercadang nak buat roti jala. Setelah berbincang dengan en. suami dan beliau setuju, saya pun belilah alat untuk menjala.

Jadi untuk pertama kali dalam hidup saya menjala, aduhai bukan mudah rupanyer nak menjala. Selama ini makan sedap jer, cara menjala tak tahu.


inilah cubaan kali pertama, kata en. suami macam lempeng jek..ekkeke

Saya tak berputus asa, saya search cara2 nak menjala. Baru tahu kalo nak menjala alat menjala tu kene rendah sket dekat dengan pan supaya roti tu tak jadi dot2....
Ok..saya pun cuba kaedah tu. Akhirnya jadi roti jala saya.


roti jala cubaan kedua...


alat menjala roti...


inilah hasilnya cubaan kali kedua...cantikkan


dan yang ni ofkoslah kuah kari untuk dimakan dengan roti jala tadi...


Walaupun saya berjaya menjala, namun saya rase cara begini membuatkan saya penat dan ambil masa yang lama untuk siap, sedangkan banyak lagi saya nak kene masak. Jadi saya teruskan usaha search kaedah menjala dan sebagainya.

Ternyata usaha saya berhasil...memang ade cara yang mudah dan praktikal dan cepat....nantikan entry seterusnya..ini pun dah penat menaip. Dengan harapan dapat kongsikan sedikit tips buat pengunjung.  Zai jian...


No comments:

Post a Comment