(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, September 30, 2011

Mr. hilux tinggal kenangan

Alhamdulillah..selesai sudah proses penjualan mr hilux. Walaupun agak sedih namun, impian dan tujuan yang akan datang lebih penting.

Pertambahan ahli keluarga dan anak2 yang semakin membesar tidak sesuai bg kami untuk menggunakan hilux lagi. Lagipun, tujuan utama membeli hilux adalah untuk menghantar barang2. Sekarang kami dah ade lori untuk tujuan itu. Dan viva untuk kegunaan harian bersama satu famili dan untuk berjalan jauh. Genap sudah mr hilux berkhidmat dengan kami selama 2 tahun 7 bulan.

Teringat mase nak beli mr hilux dulu, nak jual satria tapi....nak beli kete sedan dan lori.... besar modalnya..sedangkan masa tu kami baru beberapa bulan berniaga...mane pula nak cari modal untuk beli kereta dan lori sekaligus... Namun kami tetap perlukan kenderaan yg boleh menghantar barang dan untuk kegunaaan harian. Jadi, kami buat keputusan ambil hilux....

Setelah kami memiliki lori beberapa bulan yang lalu, terasa yang mr hilux tidak diperlukan lagi. Sebab sume xtvt lam temerloh dan sekitarnye kami hanya menggunakan viva sahaja. Mr. hilux hanya tinggal di stor.Dan untuk jangka masa panjang nak memiliki MPV pula. Masanya belum lah dapat dipastikan, semuanya bergantung dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada kami.

Mula je buka mulut nak jual hilux..ramailah pula orang yang menanya harga. Tapi kami jual dengan syarikat used car..rase agak konfident sket. Kesedihan yang kami alami telah Allah gantikan dengan kegembiran yang tak terluah..iaitu pelan projek untuk pembangunan di bt 5 telah diluluskan. Dan projek ini akan berjalan bila2 masa sahaja. Mungkin inilah yang dikatakan takdir..kononnya bersabar nak juga gunakan hilux..namun projek bt 5 masih x bermula. Elok2 je dah setel dokumen untuk jual hilux ..kami dapat berita gembira ni.

Telah ditakdirkan mr hilux hanya 2 tahun 7 bulan je berkhidmat dengan kami. Dan sangat2 lega dah setel. Mula jer projek bt 5 ni..cek beku RM++k akan dapat digunakan dan kami akan dapat pulangan balik. Sejak mei 2011 kami membayar loan yang kami buat untuk projek bt5..tapi hasilnya tiada dan sangat2lah perit.


Alhamdulillah...kami bersyukur...segala kebuntuan fikiran telah diselesaikan. Selepas ini, akan mengemaskini beberapa perkara dan nak setelkan sebelum projek ini bermula. Iktibar yang saya perolehi daripada ujian ini ialah..tidak semua benda yang kita miliki akan kekal dengan kita selamanya. Kita haruslah bersabar dengan segala ketentuan dari-NYa. kini Aku pasrah!!!wassalam...

No comments:

Post a Comment