Skip to main content

Bersangka baik berpada2..

Alhamdulillah...masih punya waktu untuk berkongsi sedikit pengalaman dalam perniagaan..insya Allah..akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca..

Kami menjalankan perniagaan ini sudah menjangkau 3 tahun dan pelbagai onak duri, ujian dan dugaan yang kami hadapi. Perkara yang amat kami peka ialah tidak terus bersangka baik dengan pelanggan..hanya melayan mereka seperti biasa dan samarata sahaja. Pengalaman yang lalu cukup membuatkan kami supaya berhati2.

Kebanyakan pelanggan yang kami sangka baik pada permulaannya dan manis mulut, cakap baik punya.. nak berhutanglah katakan, janji bayar 3 kali... rupanya mereka inilah yang membuatkan kami rasa tertipu. Jangankan nak bayar hutang, batang hidung pun tak nampak. Makanya pelanggan hanya boleh membeli secara tunai sahaja. Ini untuk kebaikan bersama jugakan.

Banyak kebaikan yang kami rase dengan tindakan kami ini, kami tidaklah pening kepala untuk membayar kepada pembekal. Dan pelanggan tidak menambah dosa sebab tidak bayar hutang. Selain itu, hubungan baik sentiasa ada. Cuba bayangkan kalo kami beri pelanggan berhutang dan mereka tak bayar, sudah tentu hubungan menjadi tidak baik entah sampai bila.

Bagi saya lebih baik pelanggan bengang sebab kami tak beri berhutang dan bertegang leher pada masa itu sahaja daripada beri berhutang dan hubungan tak baik entah sampai bila. Lambat laun pelanggan akan faham situasi kami. Dan mereka dengan senang hati datang ke kedai membeli barang tanpa rasa bersalah sebab berhutang. Keadaan inikan lebih baik.Betul tak??

Ade  pelanggan beritahu kami yang mereka senang2 jer buka akaun debit(hutang) dengan  kedai2 hardware cina. Memang betul, tapi beranikah mereka tak bayar hutang?? sudah tentu tidak bukan...silap2 nanti ade yang putus jari tak bayar hutang....peniaga cina ni kaya mereka leh hantar "orang" pegi kutip hutang. Kami tak sanggup nak upah orang untuk tujuan itu. Lebih baik kami mencegah daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Ade juga yang kami sangka sombong dan tertanya2 boleh ke nak berunding dengannya, tapi yang inilah yang kekal hubungan perniagaannya dengan kami. Tak putus2 ambil barang dengan kami. Mereka dapat banyak projek, kami pun merasa juga, sebab mereka amik barang dengan kami. Kami pun "mark up" sket jer yang patut2. Kerna kami rasakan mereka mahu menolong orang Islam...kalo nak ikutkan boleh je mereka amik barang2 hardware kat kedai cinakan..Lebih baik.. kami dapat sket dan mereka pun dapat sket. Kami kenelah jaga hubungan baik dengan mereka supaya perniagaan ini akan bertambah berkembang.

Orang layan kita baik, kita layan mereka dengan baik...orang layan tak baik dengan kita, kita buat biasa2 saje...jangan pula menambah musuh. Untuk menjaga nama baik perniagaan. Segala rundingan dalam perniagaan kami rase lebih baik berterus terang, terpulanglah kepada pelanggan untuk menilai dan menerimanya.

Kesimpulannya, nak menilai seseorang lebih baik berpada2, supaya kita tidak berputih mata dan berasa kecewa. wassalam..



      

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...