(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, November 16, 2011

Alhamdulillah ..masih kita dapat bertemu..sekarang ni, pekerja bertukar ganti, jadi mereka belum lagi boleh ditinggalkan untuk melayan kastemer dan tak tahu gune sistem POS. Makanya, saya akan bergilir dengan suami semasa suami nak makan dan solat.

Dan bila mana saya yang jage kedai semua anak2 ni pun sama turun dan melakukan kerja2 yang tak pernah saya suruh..sabooo jerlah. Mereka adalah pekerja kurang mahir yang sangat rajin dan kreatif, menggunakan barang2 dalam kedai sebagai alat permainan mereka.

Aniq Farhan pun join skali. Ni tengah dok atas meja nak "menolong" mamanya scan barang.




Gambar kat bawah ni pula, amyra dan fariz sibuk buat kek kononnya, dengan menggunakan cutting disk dan end cap pvc.




haa..nilah rupernye kek yg mereka buat...


Setiap kali supervisor cuti mama izan ni memang akan keletihan yang tak dapat nak digambarkan. Bukannye letih layan kastemer yang ramai, tapi letih dok mengemas segala menda2 yang anak2 main. Saya mohon semoga diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kerenah anak2 yang semakin membesar. Bagus juge fantasi mereka ni..dengan menggunakan alat hardware,..sangat kreatif..jadi saya biarkan jerlah daripada duduk diam..risau jugakan. sekurang2nya mereka berfikir. ok..jumpe lagi..wassalam..



No comments:

Post a Comment