Skip to main content

Cuti di Langkawi-Bahagian2

Alhamdulillah...sambungan episod lepas cuti di langkawi. cantik sesangat pemandangan dari bilik hotel bay view, langkawi ni. Terdapat banyak kapal layar yang ade kat pesisir lautan kat bandar kuah ni. Kami bersarapan sambil menikmati pemandangan nan indah ni.

pandangan dari bilik hotel bay view, tingkat 7


Pastu saya menoleh ke kanan, nampak pula swimming pool. Kalo anak2 nampak ni, sure nak mandi..takde lah xtvt nak berjalan2 di langkawi ni.Erm..amyra bangun..tengok kat tingkap...dah nampak.Puas pujuk, mandi kolam esok jer, harini nak naik "cable car"..pegi "underwater world"..island hopping..bla..bla..



kolam renang ni kat tingkat 4, patutlah tak nampak kat lobi..


Saya pun terus menyiapkan anak2 dan segala aksesori untuk di bawa. Sebab nak pegi tempat naik cable car jauhnye lebih kurang 45km dari hotel.

Dalam perjalanan, anak2 diam jer..mengantuk mungkin. Saya pun cam pening je..jalan bengkang-bengkok. Sesampai jer kat tempat parking...amyra terus muntah..habis kotor kete.Saya pun bersihkan.Saya ingatkan sebab perutnye kosong sebab tadi tak nak makan pape.Saya pun paksa die makan roti.






Ramailah pulak orang, kaunter belum buka tapi dah berderet orang beratur nak beli tiket. Dah dapat tiket, kami pun masuk dan beratur lagi untuk naik cable car. Skali lagi amyra muntah, saya dah tak sedap hati nak naik. Saya sentiasa ready plastik untuk muntah.

Hanya 6 orang saje boleh naik untuk 1 cable car. Sampai turn kami, bedebarlah pulak. Yerlahkan tergantung2 macam tuh..risau gak..dahlah kabelnyer kenit jer.




sempat bergambar dalam cable car yg sedang bergerak naik...


Banyak gambar yang saya ambil di stesen kabel car kat atas tu..entri akan datang saya tunjukkan. Selesai aktiviti ni. Kami pun turun..dan aniq farhan pula poo..poo..seperti budak cirit. Amirul pula muntah dalam kete. So, kami beli makanan bungkus jer dan makan di hotel..kami juga beli air mineral.

Di hotel, anak2 ni, cirit dan muntah bergilir2. Pas solat kami pun pergi mencari klinik. Ade 3 klinik kat bandar kuah ni, tapi semuanye tutup. Pegi pula klinik kesihatan, ubat tahan muntah habis.Pastu pegi farmasi, dapat pun ubat. Dalam mase yang sama, saya pun dah pening2 dan loya.

Saya dah tak lalu nak makan, so kami cari buah2an untuk dimakan.Malamnya, suami saya dan anak2 lelaki pergi mencari makan. Saya dan amyra di hotel, amyra demam, manakala saya muntah2 dan cirit. Kami keracunan. Suami beli ubat untuk saya, tapi saya tak berani ambil risiko makan, sebab saya ni allergik dengan beberapa ubat. Kalo saya makan dan bengkak muka, mana pula nak cari klinik untuk cucuk supaya kesan ubat tu hilang.

Alhamdulillah..pagi jumaat tu saya dah sihat. Suami pula yang cirit. Jadi, saya terpaksa keluar untuk mencari roti dan beberapa barang untuk persiapan dalam kapal terbang jika anak2 cirit lagi.Dahlah tempat orang, dengan kereta yang saya tak biasa bawa. minyak pula habis. Puaslah saya mencari pam minyak. Dah isi minyak, jenuh juga cari kedai runcit dalam kul 9 pagi..akhirnya jumpa juga.

Kami sangat tak sangka yang percutian kali ini menjadi tragedi. Rasa cam fobia jer nak gi langkawi. Inilah yang dinamakan pengalaman. Supaya akan datang tidak berulang lagi. Yang menjadi musykil, makanan yang kami semua makan memang xde. Tapi minum air di hotel yang dimasak, semua minum..kami tertanya2..adakah air yang dimasak tidak cukup masaknya..wallahua'lam..jumpa lagi..






Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...