Skip to main content

Ikan bakar di Tanjung lumpur, Kuantan

As salam buat semua rakan2..didoakan semuanyer sihat alhamdulillah..

Semalam hari ahad kami tak merancang pun bawa anak2 kemana2. Suami mama izan berhajat sekiranya jualan semalam melebihi dari target makanya, beliau nak menjamu staff makan2 kat tanjung lumpur, kuantan.
.
Dah kul 6 ni tapi jualan biase saje..tak disangka kul 6 lebih, sudah melebihi target..suami mama izan call mama..suh ready nak ke tanjung lumpur. Jadinya bertolak dari temerloh kul 7 malam lebih kurang.
.
Memang tersangat gamblenyer, pegi jenjalan tanpa rancang, jauh lak tu lam 1 1/2jam. Kami kuar di tol gambang..sebabnya dari gambang ke kuantan lam 30km..sedangkan dari tol gambang ke tol kuantan 30km dan dari tol kuantan ke bandar kuantan 20km..jimat masa dan tol..actually kami baru jer tahu hal ni..sebelum ni gi kuantan kuar kat tol kuantan..aish..rugi betullah.
.
Sampai kat tanjung lumpur lam kul 9.15 mlm..mama izan pun pegilah memilih2..erm x banyak ikan..dah habis. So, ikan siakap stim limau,sotong goreng tepung, lala asam dan halia (rebus),kangkung goreng dan tomyam campur..semuanya 2 hidangan. Semua makanan ni sesuailah untuk 6 orang makan (dewasa).
.
Sebelum makan sempatlah bergambarkan..dah name pun nak tepek kat blog..kalo x suram jerk.
.
.
erm..sedapnyer..habis licin kami makan

amyra suke sangat lala..nasi takmo makan..
.
.
Makan dan makan sampailah kul 10.30 mlm. Alhamdulillah makanan habis perut pun kenyang..kalo awal lagi lehlah jalan2 tepi muara..mama izan sempat snap restoran ikan bakar tanjung lumpur yang kami menjamu disitu.
.
.
ha..tini nanti ramailah yang datang yer..femes sebab dah masuk blog.
.
.
Mama izan dah tak larat tapi aniq cergas mergas lagi..brenti solat dan berlari2an di hentian sebelah aper entah, x ingat lak..pastu kami pun teruskan perjalanan..mama izan dah terlelap..tetiba aniq leh ade kat seat blakang..terkezut mama izan rase aniq xde kat mama.
.
Cane lah die panjat agaknyer..sampai temerloh kul 12.15 mlm. Anak2 pun sporting jer..memang seronoklah..
.
k..bos..time kasih..nanti leh belanjer lagi..wassalam


Comments

  1. Assalamualaikum....

    Terima kasih singgah di blog Kak Lin....sedapnya menjamu selera...x ajak Kak Lin pun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...