Salam mesra buat semua...minggu lepas mama izan balik ke n9 kerana ade majlis pertunangan kazen mama izan. Tahniah diucapkan kpd azue. Lama sungguh tak balik ke n9. Hampir 2 tahun.
Banyak sangat perubahan, jalan masuk ke FElda bukit jalor dah macam hiway. Pastu ramai peneroka dan ubahsuai rumah jadi banglo sebijik. Termasuklah mak sedara mama izan, besar sungguh rumahnya. anak2 pun seronok bermain disitu. Berkawan dengan sepupu mama izan yang berusia 4 tahun dan 2 tahun, anak kepada mak sedara mama izan yang bongsu.
Ramai juga dapat jumpa dengan mak2 sedara, seronok tengok mereka sihat.
Mama izan masa kecik2 dulu dengan azue ni memang rapat, sebab tiap kali cuti sekolah mesti balik rumah arwah wan yang selang sebuah rumah dari rumah azue. Paling rapat dengan kakaknye. Kadang2 tido rumah diorang, malas nak lek umah wan dah penat bermain.
Teringatlah dulu kecik2 dok merayap tepi2 semak, tangkap rama2, pepatung..main baling selipar, baling tin, ting2,bola tampar..aish kiranya macam2lahkan. Budak zaman sekarang tak main dah sume tu, meraka main game, ps1, ps2, cbox dan sekarang ni main game android..pergh..tak mengeluarkan peluh langsung.
kalo dah pegi majlis begini tak sah kalo tak bergambarkan. Biasanya bertunang ni bergambar dimonopoli oleh kaum wanitakan.
amyra pun nak tumpang sekaki.
Comments
Post a Comment