(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

As salam buat semua...rasenye tak terlewat untuk mama izan ucapkan "Selamat Hari ibu" buat mak dan mak mertua mama izan dan kepada semua yang bergelar ibu.

Sebenarnya mama izan tak ingat pun tarikh hari ibu. Mase hari jumaat haritu, mama izan tunggu amyra lek dari sekolah kat kedai, balik menaiki van sekolah. Sesampai je, mama "Happy mother's day"..a..a..thank you2 kata mama izan kepada amyra. Mama izan yang blur sebaba tak ingat.

Bukan setakat itu siap dengan bunga buatan sendiri, lagilah terharu. Bagusnye kat sekolah cikgu mengajar anak2 supaya menghadiahkan sesuatu untuk menghargai pengorbanan ibu kepada mereka. Walaupun hanya hasil dari "finger tip" namun mama izan tetap gembira kerana ianya tetap "hadiah" yang sangat berharga.


amyra dengan hasil kerjanya


inilah hadiah daripada amyra untuk mama izan


kad yang tertulis " happy mother's day" from amyra..thank you so much..


Marilah sama2 kita berdoa setiap hari "Ya Allah, ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami semasa kami masih kecil." Mama izan berharap agar anak2 mama izan menjadi anak yang soleh, kerana doa anak yang soleh yang menemani kita waktu di alam barzakh nanti. Mama izan lebih suka sekiranya anak2 sentiasa mendoakan mama izan dan suami setiap hari walaupun mereka nanti tidak berkesempatan dan berpeluang untuk memberi hadiah di hari ibu. Doa pun sudah sangat2 mencukupi. wassalam..

No comments:

Post a Comment