(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, May 5, 2011

jawatan kosong bersepah vs minyak TAK turun..

Salam buat teman semua...tanpa disedari usia perkahwinan kami sudah mencecah 6 tahun pada 1 Mei yang lalu...Alhamdulillah semoga mendapat keredhaan dan keberkataan dalam perhubungan ini.

Sepanjang perjalanan ke kedai tadi mama izan ternampak banyak iklan jawatan kosong yang dilekatkan di depan kedai peniaga. Mama izan terfikir kenapa keadaan ini berlaku, sedangkan ramai anak muda yang berpeleseran di pusat membeli belah dan yang merayau2 tiada arah tuju.

Apa yang mama izan dapat katakan memang gaji pembantu kedai tidaklah sampai RM1k dan kerja lebih masa pun bukan senang nak dapat. Jadi tak hairanlah kalo mereka2 ini mencari kerja lain yang lebih menguntungkan. Bukanya ape, tapi himpitan ekonomi terhadap rakyat dengan kenaikan harga minyak yang melonjak tak sudah2. Dan seterusnya harga makanan serta barang keperluan harian memang akan naik sebab setiap manusia di Malaysia ini menghadapi keadaan yang sama.

Ramai yang beranggapan keadaan ini biasa dan kita sendiri kene tingkatkan ekonomi.Tapi cuba fikir semula kalau ramai yang takut untuk membeli macam mana nak tambah pendapatan. Dan lagi semua manusia di Malaysia ini kene bekerja sebagai "pegawai" barulah dinamakan tingkatkan pendapatan keluargakan. Maka tidak adelah, petani, nelayan, tukang sapu dan sebagainya sebab pekerjaan ini tidak meningkatkan taraf hidup masing2.

Mama izan ade kenal sorang cikgu ni suatu ketika dulu belajar di london dan buat kerja sambilan mencuci pinggan di sebuah restoran dan gajinya 800us dollar, 15 tahun yang lalu. Kalo di tukar ke RM lebih kurang RM3+++. Jadi tak timbul masalah negara lain lagi minyak mahal dah gaji pencuci pinggan pun setaraf pegawai kat malaysia ni.

Kenaikan harga minyak betul2 menampakkan kesannya yang orang ramai hanya membeli jika benar2 memerlukannya, mama izan peniaga dan faham sangat situasi ini. Dan terasa bebannya dengan kenaikan harga barang, kami terhimpit oleh pembekal dan pembeli.

Harga minyak naik untuk petrol ron97 saje yang pakai diesel murah sangat. Tapi tahukah anda roadtax untuk kete diesel ni maahal..hiluxnyer roadtax RM8++ setahun. Kiranya pusing2 tang tu juge takde bezanya pun. Jadi setiap orang yang biasa duduk kat Malaysia akan menanggung kesengsaran, orang yang luar biasa hidup bersenang lenang.

Suami mama izan pernah bekerja di brunei lam 21 hari, menurutnya keadaan disitu sangat aman, tiada peragut tiada perompak sebabnya rakyat disitu taraf hidup dan gajinya semua tinggi tak kisah apapun pekerjaan mereka..setiap bulan sultan brunei akan beri kepada setiap orang RM2++, tahun 2006 kalo tak silap mama izan. Sebab apa mereka boleh hidup aman dan dapat hadiah lagi dari sultan, sebab negara mereka adalah pengeluar minyak, keuntungan yang mereka dapat dari penjualan minyak diluar negara. Kita di Malaysia pun pengeluar minyak juga, tapi rakyat hidup sengsara.

Menurut suami mama izan lagi di Brunei tidak mementingkan pembangunan bangunan tapi pembangunan akhlak dan infrastruktur yang dipentingkan. Dan semua rakyat mendapat kesenangannya.


Penat dah berceloteh, wassalam

No comments:

Post a Comment