(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, May 9, 2011

Resepi mudah: sambal udang

Salam mesra buat semua..dikesempatan masa yang terluang ingin mama izan kongsikan resepi dari air tangan mama izan yang diadaptasi dari resepi2 mereka yang berpengalaman.



Resepi sambal udang:
Bahan2nya:
* 1kg udang sederhana (dibuang kepalanya)
* 3 ulas bawang putih ditumbuk.
* 1 labu bawang besar dihiris.
* cili giling ikut suke
* sedikit air asam jawa
* 1 biji limau nipis
* Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai garing. Kemudian masukkan bawang besar. Bila agak layu masukkan cili giling. Kacau sehingga cili pecah minyak. Masukkan air asam jawa.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan udang, agak2 berubah warna keorenan bolehlah perahkan limau nipis. Kacau dan biarkan merenih sehingga 2 minit dan tutup api.
Nota: Jangan masak udang terlalu lama kerana nanti akan kecut. Biasanya mama izan masak udang 2 minit selepas warna udang berubah mama izan terus tutup api dan rasanya memang lembut dan sedap.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment