Skip to main content

Posts

Showing posts with the label selangor

Selamat menyambut eidul adha 2010

Salam mahabbah buat teman setia blog kami.. Didoakan semoga mendapat kemurahan rezeki dan kesihatan yang panjang agar boleh beribadat..insya ALLAH. Kami mengucapkan selamat meyambut eidul adha dan selamat berkorban serta selamat pergi dan balik kepada mereka yang sedang menunaikan haji di makkatul mukarramah. Kami menyambutnya di jenderam, selangor rumah suami saya. Semua ipar duai dan biras2 pun ade..memasing cuti sehari jer tak sempat nak balik ke kampung. Hari raya kedua barulah kami menziarahi mak dan ayah mama izan di Klang, selangor..walaupun satu negri, jarak umah mak ayh mama izan dengan umah mertua lam 1 jam setengah..lame gakkan..mama tak sampai hati kalo tak melawat mak ayah mahupun mertua pada hari yang berbahagia ini..even kami cuti sehari pun kami akan pegi gak melawat..selagi mereka masih hidup, bahagiakanlah mereka walau hanya sekadar senyuman. bergambar di pagi raya Aktiviti lazim di sini ialah bertakbir dari rumah ke rumah dilakukan pada malam raya..yang istimewanya p...

Eidul fitri 2010

Salam ukhuwwah buat semua... Dikesempatan ini ingin kami mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya eidulfitri dan mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap yang disedari atau tak disedari. Semoga amalan kunjung mengunjung dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita. Pagi raya pertama kami di jenderam hilir bersama2 PIL dan iparduai yang ada.Tapi..anak dara kami sedihlah plak..sebab cousin2nya lek kelate.. papa menggodek kamera sapelah tue.. Mama izan dan keluarga..tema kebiruan gitu..ahaks Sebelum menunaikan solat sunat hari raya.FIL mama beri sedikit peringatan kepada anak2 dan menantu2nya untuk dijadikan bekalan di masa hadapan.Serta bersalam2man dan bermaafan. Selain menjamu selera..aktiviti semasa hari raya..apa lagikan kalo bukan bergambar bagai..nak wat camno..mase nilah baru ade mood nak bergambar sakan. Bergambar bersama ipar duai dan biras.. Petang raya pertama mama izan dan family berkunjung pula ke klang ziarah emak dan ayah serta adik beradik..takde gambarlah..mase...

Berbuka di rumah PIL-ramadhan ke-18

Salam ramadhan lagi.. Alhamdulillah sudah masuk ramadhan yang ke-22. Masih belum terlambat untuk khatam.Mama tak pasti leh khatam atau tidak...yang penting lakukan semampu yang boleh...jangan dek kerana nak khatam baca ikut sedap mulut jer, tajwid lintang pukang lak kan. Sabtu yang lalu mama dan family berbuka posa di rumah PIL, sume ipar duai,biras2 dan beberapa orang sepupu sepapat ade juga..kiranya kemuncak berbuka posalah nikan..grand gitu.....Emm pelbagai juadah untuk berbuka disediakan..antaranya ayam dan ikan bakar,potato salad,nasi goreng...sotong sumbat dengan pulut...emmm..dan banyak lagilah..walaupun begitu mama izan nih takdelah melantak sume...just makan sekadar yang diperlukan... Tengok tu...sume sedang khusyuk menjamu selera.. Dah bersantap dengan banyaknyer...bolehlah tunaikan solat terawih berjemaah...mama sangat seronok kerana inilah julung2nya solat berjemaah terawih setelah 5 tahun berkahwin. Sedang menunggu untuk solat berjemaah.. Setelah siap segala menda aktiviti...