Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

GraDuation Day 2013

Alhamdulillah.. Abg Amirul dah selesaikan pra persekolahannya. namun begitu, cuti sekolah ni, setiap hari kene belajar membaca.   Supaya pembacaannya lebih baik lagi dan memudahkan abg amirul belajar semasa di darjah 1. Abg Amirul juga seperti kak mia, akan bersekolah di S.J.K (C) Khee Chee Temerloh.   Jom kita tengok sendiri gambar2 sekitar hari graduasi abg amirul november yang lalu. Sehingga kita berjumpa lagi dengan perkongsian lebih bermanfaat insyaAllah. wassalam.   

"Aniq is 4..Congrate"

Alhamdulillah...moga kita mendapat rezeki yang bermanfaat setiap hari dan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.     " Selamat Ulang Tahun yg ke-4 Tahun Buat Aniq Farhan " Semoga Aniq bertambah cerdik, bertanggungjawab, pandai berdikari yer.   Juga semoga menjadi anak yang soleh dan boleh jadi imam..aamiin   Walaupun kami suami isteri agak sibuk masa tu namun saya meluangkan sedikit masa untuk menyambut hari kelahiran aniq.   Menu utama ayam bakar rosemary, side dishes coleslaw, jagung kukus, kek...heheh..       Rasanya cukup setakat ini. Semoga berjumpa lagi, wassalam..  

Projek Batu 5: Fasa pembersihan & tanda batu

Alhamdulillah..   Setelah mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan ujian selama 3 tahun, dan kini kami sudah boleh memulakan operasi untuk pembinaan bangunan kedai setingkat.   Bermula dengan pembersihan kawasan tapak untuk pembinaan. Kos sewa back hoe: rm450     Beberapa hari berikutnya, mengupah juru ukur tanah untuk menanda batu tapak bangunan yang akan dibina. Kos untuk 5 batu: RM500        Semasa belajar di universiti dulu saya pernah ambil subjek ukur tanah. Tiap minggu ada amali ukur, dalam keadaan panas, mendung, hujan pun terpaksa kami redah. Alat yang digunakan untuk mengukur salah satunya adalah teodolite.   Saya tidaklah begitu mahir menggunakannya. Namun, suami saya yang dulunya satu group ukur yang banyak membantu saya mengadjust teodolite ni.     oklah..jumpa lagi wassalam.. 

Birthday Amirul Fariz-6tahun

Alhamdulillah.. Anak bujang sulung saya sudah menjangkau usia 6 tahun. Tahniah amirul kamu sudah menjadi abg yang bertanggungjawab dan senang mematuhi arahan mama dan papa. Next year, banyak lagi yang perlu kamu belajar. Semoga kamu menjadi anak yang soleh dan cerdik serta hebat..aamiin..         Kali ni ulang tahun amirul disambut di rumah keluarga saya dan juga di rumah keluarga suami saya. Dan amirul sangatlah gembira sebab ada dua kek. ok..cukup setakat ini...jumpa lagi..

Bunga Api di Putrajaya

Assalamu'alaikum...alhamdulillah...masih diberi nafas untuk menikmati alam ini. Semoga kita dilimpahi dengan rezeki yang banyak buat kita semua..aamiin   Cerita lama di bulan september.Kami balik ke kampung untuk ziarah ayah dan bonda2. Dan tak sangkalah pulak malam sabtu tu ada pertunjukan bunga api sempena pertandingan bunga api.   First time tengok masa saya pregnenkan amirul fariz 7,8 bulan gitu tak baper ingat lar.. Dan pada hari tersebut amirul fariz genap 6 tahun..syukur..   Jom layan gegambar bunga api yang sempat saya ambil.     Jenuh juga saya mengedit gegambar ni, memandangkan gambar tak braper cuun. kami pergi bersama sepupu2 amirul yang besar2.   Bebudak ni tak lepas dok tengok bunga api, yerlah bukan senang pun nak tengok kekreativitian persembahankan, biasaannya tengok yang standard jer.   Seriusly, memang ramai sangat manusianyer yang berkampung di Putrajaya. Yang pasti anak2 puashati dengan hujanan bunga api bebetul depan

Stor: Menegakkan tiang

Alhamdulillah...   Tiang stor telah ditegakkan, terdapat 10 batang tiang setinggi 19 kaki untuk pembinaan stor ini. Jarak diantara satu tiang ke satu tiang ialah 20 kaki.   Kami akan meluangkan masa untuk melihat sendri pembinaan ini dilakukan supaya di masa akan datang suami saya sendri boleh jadi kontaktor.     Kami akan memastikan pembinaan ini akan siap dalam waktu yang telah ditetapkan. Bukan mudah untuk menegakkan tiang yang berat ini. Setiap satu tiang mengambil masa lebih kurang 2jam untuk ditegakkan. Mohon doa semoga segala urusan pembinaan ini berjalan lancar kerna sebelum ini kami menghadapi pelbagai onak duri untuk merealisasikan impian ini. kami juga doakan rakan2 mendapat kesihatan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi..aamiin..   Setakat ini untuk kali ini. wassalam.  

Hari Kemerdekaan ke 56

Assalamu"alaikum....selamat sejahtera... Selamat hari kemerdekaan yang ke 56 buat semua warga malaysia. Anak2 dengan bersemangat mengibar jalur gemilang depan kedai di hari kemerdekaan yang lepas.   Semoga negara kita kekal aman sentosa. Sama2 kita doakan negara kita ditadbir urus dengan adil dan saksama tanpa perbezaan taraf dan kaum.   Jalur gemilang di depan kedai..     Ok..jumpa lagi..   

Kursus: "Cash Flow Management"

Assalamu'alaikum...   Alhamdulillah saya diberi kesihatan dan rezeki untuk menghadiri kursus ini. Dan inilah pertama kali setelah berkahwin 8 tahun saya meninggalkan anak2 bersama suami. Sangat excited nak pergi kursus dan sangat sedih tinggalkan anak2.   Namun, demi menuntut ilmu yang berkaitan pengurusan aliran tunai saya gagahkan jua. Lebih mengharukan saya kene memandu selama 2 hari ke Kuala Lumpur.   Siap study peta supaya tak sesat jalan dan seminggu sebelum menghadiri kursus saya meminta en.suami tunjuk jalan dari temerloh ke Hotel Seri Pasific, kemudian ke Dengkil dan Dengkil ke hotel.   Seawal jam 6.45pg hari rabu saya bertolak dari temerloh dan sampai di hotel jam 8.35pg. Tersangatlah jem selepas saya keluar dari DUKE. Betapa saya teringat temerloh yang tenang tanpa jem..haruu..sob..sob...   Sampai di bilik bunga raya saya pun memilih tempat. Semoga dapat kawan2 yang serasi. Dan alhamdulillah  group meja bulat saya semuanya friendly. Takdelah boring.

Stor: Meratakan tanah

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah...rezeki kami setelah 2 minggu beraya sakan. Dapat memulakan operasi untuk membina stor bahan binaan. Perancangan yang sudah mencapai 2 tahun dan kini impian kami insyaa Allah akan dapat direalisasikan.   Sebut harga untuk membina stor berkeluasan 40' x 80' ini memerlukan modal sebanyak RM35k+++. Dan sebut harga ini mungkin akan berubah2 berikutan kenaikan harga barangan dan sebagainya.   Stor ini dibina untuk menyimpan simen, kayu kayan, plywood, kapur dan lain2.   Pembinaan stor ini mengambil masa 1 bulan untuk disiapkan.   Encik suami sedang berbual2 dengan kontraktor disebalik hilux...   Abg amirul pula sempat berposing sementara menunggu pembersihan kawasan dilakukan..     Gambar dibawah menunjukkan kawasan tanah berkeluasan 40' x 80' yang telah dibersihkan untuk pembinaan stor. pandangan menghadap jalan raya   pandangan ke belakang   pandangan kanan pandangan kiri   Kami b

"Selamat Hari Raya Eidulfitri"

Assalamu'alaikum.....agak bersawang juga blog ni tanpa cerita dari kami. Syawal hampir ke penghujungnya. Jadi, kami sefamili ingin mengucapkan "Selamat menyambut syawal" kepada pembaca setia blog dan kepada semua rakyat malaysia.     Hari raya kedua kami ke kelantan beraya dirumah saudara mara belah suami. Anak2 memang tak melepaskan peluang jika jumpa kucing ke ayam ke semua nak dikejarnya.   Macamlah tak pernah nampak...tapi memang betul pun yang mereka kejar ini ayam katik, comel je.      Di rumah sepupu suami pun anak2 dengan tanpa segan silu mengambil basikal dan terus bermain bergilir2.Boleh dikatakan sepanjang beraya mereka hanya bermain di luar rumah, kuih raya pun tak jamah.   Perkara yang tak boleh dilupakan setiap kali balik kelatan ialah makanannya yang memang tip top. Alhamdulillah..   ok..jumpa lagi.  

Inspection lorry di Puspakom

Assalammualaikum semua...semoga harini kita menjadi seorang insan yang sangat memberi manfaat kepada orang lain serta memudahkan urusan orang lain. Sedar tak sedar dah 2 tahun lori ni berkhidmat untuk kami. Lepas ni jika ade rezeki menambah lori mungkin tak sempat nak cerita pasal lori kan... Kebiasaannya inspection lori di Puspakom akan dilakukan seminggu awal sebelum tamat road tax lori tu. Ini adalah kali ke-3 kami buat inspection untuk lori ni. Sebelum nak wat inspection tu, pergi cuci lori dulu supaya bersih, lebih kurang RM20 kos mencuci. Jika bahangian belakang lori dah pucat, lebih baik di cat, sekurang2nya sejuk sikit hati pegawai yang buat test lori nanti. lori yang telah di cat... Kami melakukan inspection di  Puspakom Raub, Pahang..buat masa ni masih belum ade lagi cawangan di Temerloh. Antara perkara2 yang dititik beratkan semasa inspection ialah asap, brek, signal, lampu, tayar dan mud guard tayar. Jika salah satu dari perkara berikut tak lulus, m

Lion dance perfomance..

Assalamualaikum kawan2. .diharapkan semuanya sihat wal'afiat.  Cerita bulan feb lagi. .kebiasaanya selepas tahun baru cina, sekolah anak2 ade pertunjukan " lion dance " . Ini adalah kali pertama saya dan en.suami punyai ruang waktu menghadiri pertunjukan lion dance di sekolah anak2. Layankanlah gambar2 yang sempat saya snap. abg amirul dengan kawan baiknya.. meriahnya...bebudak sekolah pula telah membuat kepala lion untuk lion dance daripada bahan2 terbuang seperti kotak, kertas dan plastik. lion dance.. aniq pula sempat posing disebelah kepala lion... Akhir skali dimeriahkan dengan dentuman dan percikan bunga api. Sekali setahun jer boleh tengok " lion dance " nih. Bangsa cina terkenal dengan " lion dance "nyer. Kita bangsa melayu terkenal dengan tradisi tarian. Semoga jumpa lagi...zai jian;-)

RBR Kuala Rompin Pahang - Bhg. 2

Assalamualaikum semua....semoga kita sama2 sihat wal'afiat. Cerita di Kuala Rompin lagi. pekan Kuala Rompin, Pahang tidaklah besar sangat, biasa jer, pusing2 kat situ jugalah. Hari kedua kami bersarapan sama2. Macam biasa setiap bilik hotel akan dapat 2 voucher free untuk sarapan, jadi k.mia dah kene bayar asing. Dan alhamdulillah bila en. suami tanya bape RM dah bayar untuk k.mia, staffyang jaga tu cakap, tak payahlah...so..oklah Saya sempatlah snap banner yang ade di situ untuk kongsikan dengan rakan2 alam maya. Kawasan resort ni memang lapang, ada tempat untuk barbekue, main bola tampar pantai dan sukaneka. Kalau ade sesiap yang nak tukar angin buat family day ke, team building ke, bolehlah ke sini. Ni website untuk info lebih lanjut.. ... Rompin Beach Resort, Kuala Rompin, Pahang. Anak2 menunggu mama dan papa amik makanan. Anak2 makan conflakes dengan susu dan buah2an jer...Kami makan mee hun, nasi lemak dan nasi bubur. my lil aniq yang masih menga