Skip to main content

Kursus: "Cash Flow Management"

Assalamu'alaikum...
 
Alhamdulillah saya diberi kesihatan dan rezeki untuk menghadiri kursus ini. Dan inilah pertama kali setelah berkahwin 8 tahun saya meninggalkan anak2 bersama suami. Sangat excited nak pergi kursus dan sangat sedih tinggalkan anak2.
 
Namun, demi menuntut ilmu yang berkaitan pengurusan aliran tunai saya gagahkan jua. Lebih mengharukan saya kene memandu selama 2 hari ke Kuala Lumpur.
 
Siap study peta supaya tak sesat jalan dan seminggu sebelum menghadiri kursus saya meminta en.suami tunjuk jalan dari temerloh ke Hotel Seri Pasific, kemudian ke Dengkil dan Dengkil ke hotel.
 
Seawal jam 6.45pg hari rabu saya bertolak dari temerloh dan sampai di hotel jam 8.35pg. Tersangatlah jem selepas saya keluar dari DUKE. Betapa saya teringat temerloh yang tenang tanpa jem..haruu..sob..sob...
 
Sampai di bilik bunga raya saya pun memilih tempat. Semoga dapat kawan2 yang serasi. Dan alhamdulillah  group meja bulat saya semuanya friendly. Takdelah boring. Kami berkenalan antara satu sama lain.
 
 
penunjuk arah di hotel
 
 
Sebenarnya pendedahan bidang akaun ni tidaklah mendalam, sebab tu en. suami suruh saya pergi.Dah selesai sesi pertama. Saya dan rakan2 meja bulat pergi lunch sama2, masa makan pun kami sempat lagi berbual2 bertukar fikiran dan pengalaman.
 
Setelah siap kursus hari pertama saya keluar untuk bermalam di rumah mertua di dengkil. Dugaan sungguh bila mana stuck di jalan tun razak sebelum naik MEX selama sejam..memang mengharukan sob...sob...sampai rumah kul 8.30mlm.
 
Hari kedua bertolak dari dengkil jam 6.45pg dan sampai di hotel jam 8.30pg. Selepas keluar MEX menuju jalan istana jem sepanjang jalan sampai hotel. Masa yang sama kalu bertolak dari temerloh dan jem hanya sedikit di jalan kuching.
 
Seriusly...tetiba saya ingat jalan2 yang telah saya lalui di KL. Insyaa Allah, selepas ini jika ade perkara2 yang perlu saya uruskan di KL saya boleh drive sendri.
 
Seperti biasa kalo kursus makan jer yang banyakkan. Saya letakkan gambar, makanan2 yang saya makan sepanjang kursus dua hari, ade lagi yang saya tak amik sebab dah lapo.
 
 




Tepat jam 5ptg hari kedua, presenter dah buat kesimpulan. Hati saya meronta2 nak balik rumah. Kami diberi ujian penilaian samaada ade peningkatan atau tidak sebelum dan selepas berkursus. Alhamdulillah markah saya selepas kursus 10/10.
 
 
Beberapa istilah yang saya tak pernah dengar sebelum ni "factoring, leasing".
Istilah yang pernah dengar tapi tak berapa tahu " overdraf, fixed deposit,overnight facilities ".
 
Kami bergambar kenangan setelah tamatnya kursus bersama2 usahawan2 yang berjaya.




Apalah sangat penat lelah saya nak menghadiri kursus ini, jika nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Saya amat bersyukur kerna ditemukan dengan kawan2 yang baik hati. Jika panjang umur, murah rezeki, mungkin kita akan berjumpa lagi..insyaa Allah.
 
Saya keluar menuju ke temerloh melalui jalan pahang, dan susur ke DUKE sentul dan sampai di temerloh jam 8mlm. Sepanjang di karak hujan, betul2 menguji pemanduan saya. Sebak rase bila aniq memanggil  "..mama2..mama2..dah datang..."...sampaikan berjujuran airmata tanpa saya sedari.
 
Sekian...jumpa lagi..wassalam.
 
 
 
 
 
 


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...