Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Segalanya baru...

Salam semua.. Sementara baby masih tidur teringin nak titipkan sesuatu di teratak ini.Sabtu lalu adik saya selamat melahirkan anak keduanya,baby lelaki dan beratnya 3.5kg.Maka bertambahlah cucu lelaki mak dan ayah.Bagus juga meramaikan kaum adam dirumah.Maklum sajalah adik beradik saya 4 orang perempuan dan seorang saja lelaki.Saya pun berkahwin dengan cik hubby yang mempunyai 4 orang adik-beradik perempuan.Dan hubby saya ni sorang saja lelaki dan amat2lah manjanyer:)Jadinya mak dan ayah sudah mempunyai 4 orang cucu lelaki dan 2 orang cucu perempuan.Sudah pasti pak usunya amat2lah gembira sebab ada geng main bola. Senin lalu,purchase order system siap di install di kedai.Jadinya suami saya amat2lah sibuk nk "key in" dan scan barang2 yang ade dalam kedai kami.Pada mulanya sangat asing dengan sistem ini, jadinya suami saya menuntut dengan tokey2 kedai berdekatan.Dengan harapan sistem ini memudahkan kerja saya nak cek stok dan jualan harian.Sebelum ni saya kene kira secara manua

Bertambah cerdik..

Salam ukhuwah..menjadi seorang ibu ni banyak betul perlu dilakukan sehinggakan tidak sempat untuk saya update blog ini.Sepatutnya waktu begini saya sedang sibuk memasak untuk sediakan makan tengahari,tetapi kami ade undangan ke majlis pertunangan adik ipar kepada bos suami saya dulu.Jadinya waktu baby sedang tidur saya pun terasa nak menulis sesuatu. Baby aniq 9 bulan Khamis yang lalu saya membawa baby untuk check up..lagi 3 hari baby mencecah usia 9 bulan, alhamdulillah berat meningkat,sekarang sudah 7kg..lenguh juga kalau lame mendukungnya. Apa yang ingin saya suka nak cerita tentang baby saya ni..semasa baru sampai di klinik dan hendak duduk baby saya menangis kesedihan..saya amat pelik biasanya die suka kalau dibawa jalan2..jadinya saya pun mendakapnya...no. giliran 16 tertera saya dengan konfidentnya terus masuk..".. emm no. sama ke ?"ada seseorang menegur saya..lantas saya tengaok no. giliran ..rupanya no.19..saya memang betul2 mengantuk waktu itu..".. minta maaf

Permata2 hati mama..

Salam semua.. Saya asyik bercerita pasal kedai saja.jadinya hari ini nak perkenalkan permata2 hati saya yang kadang2 menggembirakan dan kadang2 memeningkan..walau apapun tetap anakkan. Ini anak yang pertama, sekarang sudah mencecah 5 tahun dan sudah bersekolah tadika.Perangainya agak kasar dan kurang berhati2 dan hati yang keras.Sangat bertanggungjawab. Amyra Fariza Bt. Aminudin Sehari selepas lahir Dan yang ini anak kedua,gambar baby dia tak taulah kat ner tak jumpe mama. Sangat sensitif dan kuat mengamuk,kurang sabar.yang baiknya sangat prihatin dan suka membantu.Sejak lahir menangis saja,sampaikan mama buat keje sambil dukung.Sentiasa nak dengan mama. Amirul Fariz B. Aminudin usia ketika ini 9 bulan Manakala yang ini permata ketiga.Bila dapat tahu pregnant mama pun berdoa setiap kali lepas solat supaya anak yang lahir tidak kuat menangis macam abangnya..rase tak larat sangat melayan kerenah abangnya.Bulan ramadhan tiap2 hari baca quran dan berdoa lagi.Alhamdulillah wasyukurillah...

Hawami Hardware

Hari ni anak bangun lewat dan suami pepagi dh pegi hantar barang.Emm..tak taulah saya mcm mana rakan2 berblog saya seolah tidak berkesempatan..adakah saya tak pandai urus masa..sila bagi komen kwn2 atau pun cadangan. Saya sebenarnya nak cerita barang yang dijual di kedai kami.Barang paling besar ialah cat Sissons yang setaraf dengan ICI dulux..perasan tak??sissons tak buat iklan media massa or papan iklan tepi jalan..sebabnya sissons mementingkan kualiti cat tiada propaganda iklan.Harga lagi murah dari ICI tapi kualiti bagus.Masa suami keje hardware dia jual cat jotun.Katanya macam2 masalah kastemer komen.Cat sissons ni pekat jadinya kalo pandai ngecat sangat jimat xperlu beli banyak nk cat rumah.Rumah saya ni saya yang cat sendri dengan cat sissons.Suami saya memang x sempat macam2 nak diuruskan. Mesin cat sissons untuk bancuh cat. KAmi jual cat sissons sebab cat nippon,jotun,kcc dan lain2 sudah banyak di Temerloh yang kesemuanya dipelopori oleh orang Cina..kedai kami nilah satu2nya

Masih dalam ingatan 2008

Hari yg ditunggu2 tiba...maka berlangsunglah perasmian "Hawami Hardware" awal Ogos.Majlis dimulakan dgn solat hajat, bacaan yaasin dan jamuan mkn @ aqiqah anak yang kedua..Amirul Fariz.Saudara mara yg berada sekitar Temerloh datang memeriahkan suasana.kami juga mengundang rakan2 niaga yg lain yg sebaris dgn kedai kami. fuh...leganya rase mase tue..taapi...barang lam kedai masih perlu disusun mengikut kategori..sbbnya masa pindah main taram saje atas rak.. Selesai majlis..semua pulang..hanya tinggal kami sekeluarga...kami rehat sehari menanti hari Isnin ..bagaimana agaknya sambutan disini...risau tapi sentiasa berdoa. Saya mula mengemas barang2 manakala suami dikaunter dan membuat apa2 yg patut.sambutan baik jika nk dibandingkan dengan kedai lama.. Tiba waktu masak naik atas dan masak serta makan bersama anak2...kemudian saya jaga kedai dengan anak2(jika x tidur)...suami pula naik makan tgh dan solat zuhur. Apb anak2 tidur saya buat operasi mengemas sehingga kul 12malam..rest

Sweet Cute Baby Smile Contest

Salam....mari2..sertai contest ni..dianjurkan oleh blog Intanku Terpilih sempena melancarkan blog shopnya iaitu Babyku cute Collections Make your own banner at MyBannerMaker.com! Make your own banner at MyBannerMaker.com! Saja nak join contest ni isi masa yang terluang.Kalau ada rezki alhamdulillah.. Inilah gambar sicomel yang saya pertaruhkan. Nama anak:Aniq Farhan B. Aminudin Umur: 8 bulan Nama ibu:Nurfarizan Bt. Shamsudin Baby saya nii senyum x macam senyum..gitu2 jer,pandai tgk kamera.ada harapan ke nak menang sebabnya ramai sungguh yg sertai contest ni..kalah menang adat pertandingan..jika menang bolehlh shopping baju baby kat Babyku cute collection ni..raya pun dah nak dekat ni..opps..kene melalui ibadah berpuasa selama sebulan dulu.Mungkin babyku ini lagi tersenyum lebar bila katakan padanya sweetnyer bila smile. Contest ni berlangsung sehingga 31 Julai 2010.Jadi jom ramai2 sertai dan memeriahkan lagi contest ni . nak join klik sini http://intankuterpilih79.blogspot.com/ Jom

Teringat Julai 2008...

Bulan ini amat memenatkan sebab kena berkemas2 untuk pindah ke kedai baru.Barang2 di atas rak diturunkan sebab nak buka rak.Apabila anak tidur saya memulakan operasi mengemas manakala suami membuka rak..hanya Tuhan saja yg tahu perasaan kami ketika itu. Kami berdua sahaja yang mengemas.Penatnya...tak terkira..tapi kegembiraan mengatasi segalanya.Ada sepuluh rak yg perlu dibuka.saaangat banyak.Barang2 pula tak terkira banyaknya. Kedai yang baru perlu disediakan juga...baanyaknya kerja...hanya kami berdua.. Pada mulanya suami mengecat...tanpa disedari ada sorang tukang cat lalu disitu dan menolong..jadinya upah dia yg cat...lega sikit.. Kami tumpukan aktiviti mengemas..Kami sewa 2buah lori dan pembantu dalam 10 orang.Walaupun begitu kami tetap terasa penatnya semasa proses pemindahan. Memunggah naik atas lori kemudian turunkan dikedai baru...lepas tu nak kemas pula kat kedai baru. Barang2 diletak dalam bilik sebab tak muat dah kedai. Saya bersyukur ketika itu adik ipar offerkan diri jag

LOVELYGIFT GIVEAWAY CONTEST

Contoh tudung de zahra yang terdapat di LOvelygift. Saya baru dalam aktiviti blog ni,jadi nak cuba sertai " LOVELY GIVEAWAY CONTEST " dari 15/6/2010 hingga15/7/2010 .emm ...ni pun dh lewat..Kalau ada rezeki alhamdulillah.. Sesiapa yang nak menyertainya senang saja.Berikut adalah syarat-syaratnya: 1. Mesti mempunyai blog. 2. Anda diwajibkan menjadi follower lovely gift sepanjang tempoh giveaway berlangsung. 3. Sila buat entry bertajuk"Lovely Giveaway Contest' dan tinggalkan link di bahagian komen atau shout box blog lovelygift. 4.Copy and paste banner blog lovelygift dan letakkan di side bar blog anda. Sesiapa yang nak dapatkan tudung ini atau sertai "contest" ni.Silalah klik sini http://lovelygift77.blogspot.com/

Al-kisah 2008

Salam semua.. Oleh sebab ramai yang tanya macam mana saya boleh tinggal di Temerloh,jadi saya pun buat blog ini untuk kongsi bersama rakan-rakan yang berminat. Bulan april 2008 MIL saya ada singgah ke Temeloh selepas menziarahi anak saudaranya meninggal dunia.Semasa disitu ada kawannya cerita ada orang nak jual barang hardware borong,MIL saya pun pergi tengok..emm dia agak berkenan sebab memang hasrat suami saya nak buka kedai hardware. Mil saya pun cerita dengan suami dan 3 hari lepas tu..pergi ke Temerloh tengok barang2 hardware tu..Jadinya suami saya amat teruja dengan semua itu dan bersetuju membeli borong dengan harga RM70k.Hanya dalam mase seminggu saya kene buat kertas kerja untuk buat loan dengan MIL saya.Ketika itu suami masih bekerja dikilang INgress sebagai supervisor. Segala persiapan dilakukan untuk berpindah ke Temerloh.Saya amat sedih kerana tidak pernah keluar dari Selangor selama 26 tahun..tapi sudah rezeki saya disitu. Dalam perjanjian,sewa atas kedai untuk kami tingg