Skip to main content

Permata2 hati mama..

Salam semua..
Saya asyik bercerita pasal kedai saja.jadinya hari ini nak perkenalkan permata2 hati saya yang kadang2 menggembirakan dan kadang2 memeningkan..walau apapun tetap anakkan.
Ini anak yang pertama, sekarang sudah mencecah 5 tahun dan sudah bersekolah tadika.Perangainya agak kasar dan kurang berhati2 dan hati yang keras.Sangat bertanggungjawab.

Amyra Fariza Bt. Aminudin
Sehari selepas lahir
Dan yang ini anak kedua,gambar baby dia tak taulah kat ner tak jumpe mama.
Sangat sensitif dan kuat mengamuk,kurang sabar.yang baiknya sangat prihatin dan suka membantu.Sejak lahir menangis saja,sampaikan mama buat keje sambil dukung.Sentiasa nak dengan mama.

Amirul Fariz B. Aminudin

usia ketika ini 9 bulan

Manakala yang ini permata ketiga.Bila dapat tahu pregnant mama pun berdoa setiap kali lepas solat supaya anak yang lahir tidak kuat menangis macam abangnya..rase tak larat sangat melayan kerenah abangnya.Bulan ramadhan tiap2 hari baca quran dan berdoa lagi.Alhamdulillah wasyukurillah...permata kali ini amat2 menawan hati mama.sangat2 penyabar dan serius..nangis bila perlu sahaja.Sebab itulah saya beri nama aniq bermakna yang menawan hati dan papa bagi nama farhan maknanya gembira.

Aniq Farhan B. Aminudin
ketika sehari lepas lahir.
Perasan tak kawan2??Wajah ketika baby amyra dan aniq seolah serupa.Amirul fariz lain sedikit..bibirnya agak besar.Beginilah anak2,saya mendidik mereka dengan mencari apa sifat2 mereka supaya saya boleh tambah dan bantu kekurangan yang mereka ada.saya tak suka memaksa jadinya saya memang biarkan apa saja aktiviti yang mereka nak lakukan asalkan tidak membahayakan.itu saja untuk entry kali ini..Anak2 saya kalo belum jam 12 malam tak nak tido.kalau sape2 ada tips atau doa ke..lehlah komen ye..Ilalliqa"

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...