Skip to main content

Segalanya baru...

Salam semua..
Sementara baby masih tidur teringin nak titipkan sesuatu di teratak ini.Sabtu lalu adik saya selamat melahirkan anak keduanya,baby lelaki dan beratnya 3.5kg.Maka bertambahlah cucu lelaki mak dan ayah.Bagus juga meramaikan kaum adam dirumah.Maklum sajalah adik beradik saya 4 orang perempuan dan seorang saja lelaki.Saya pun berkahwin dengan cik hubby yang mempunyai 4 orang adik-beradik perempuan.Dan hubby saya ni sorang saja lelaki dan amat2lah manjanyer:)Jadinya mak dan ayah sudah mempunyai 4 orang cucu lelaki dan 2 orang cucu perempuan.Sudah pasti pak usunya amat2lah gembira sebab ada geng main bola.

Senin lalu,purchase order system siap di install di kedai.Jadinya suami saya amat2lah sibuk nk "key in" dan scan barang2 yang ade dalam kedai kami.Pada mulanya sangat asing dengan sistem ini, jadinya suami saya menuntut dengan tokey2 kedai berdekatan.Dengan harapan sistem ini memudahkan kerja saya nak cek stok dan jualan harian.Sebelum ni saya kene kira secara manual menggunakan formula saya sendiri.

Amirul dengan cd barunyer..sangat gembira sebab pelbagai corak yang menarik minatnya nak pakai.Sebelum ni saya beli yang plain, die tak nak kakaknya yang pakai sewaktu tidur malam.
Memang terasa jimat sangat,Amyra pakai malam saja pakai mamypoko harga RM1 sekeping, bila dah guna cd ni jimat leh tahan sehingga 3 tahun,free size,hingga 17kg. Suke nak kongsi link di mana saya beli cd ni http://mamapayish-onlineshop.blogspot.com/





Amirul dengan cd barunyer...

Amyra pula kene demam cacar..2 malam berjaga sebab waktu malam demamnya menyerang..siang hari bermain seolah tidak demam.Kami bawa ke klinik homeophaty saja..memang kami sangat berpuashati dengan alternatif ini..anak2 pun suka je makan ubat sebab manis.Semoga Amyra cepat sembuh dan boleh tolong mama..:D

Semoga ceria!!!ilalliqa'

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...