Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cuti2

Saujana Janda Baik, Pahang

Alhamdulillah...kami dapat berkumpul sefamili di Janda Baik, Pahang. Kiranya family gatheringlah nih. Kami telah menginap di Chemperoh Saujana Janda Baik . Chemperoh ni boleh memuatkan sehingga 20 orang dewasa dengan harga sewa RM700 semalam. Perjalanan dari Temerloh lebih kurang 1 1/2 jam. Kami lalu jalan biasa untuk menikmati kawasan perkampungan...yerlah...tu...banyak hutan juge.. Tempat ni memang best kalo pergi bersama2 famili. Seriuss sunyi dan sangatlah privacy. Kanak2 pun boleh mandi sungai instead of kolam, maybe lebih selamat...Airnya memang sejuk...tapi anak2 ni berendam berejam2 pun tak rasa sejuk. Boleh ke sini http://www.saujanajandabaik.com/ untuk info yang lebih tepat. Kami yang paling awal sampai...tapi sesat gak nak cari saujana chemperoh nih. Sebabnya saya tak meneliti arahan untuk ke saujana janda baik nih dengan baik. Cari signboard saujana janda baik memang xde...Lam website kata, jalan ke   s aujana janda baik   ni 1km seblum   Saufiville...

Jalan2 cuti mac:hari pertama: Temerloh ke Kuala Trengganu

Alhamdulillah..masih punyai ruang waktu untuk berkongsi pengalaman baru. Saya dan suami telah pun berjaya menjelajah separuh malaysia pada cuti sekolah mac yang lalu. Macam tak percaya kami dapat menyelasaikan misi ini walaupun pelbagai ujian yang melanda. Anak2 pun tak berapa banyak kerenah dalam menjayakan misi ini. Misi jelajah utara semenanjung ni bermula dari Temerloh, kemudian ke Kuala terengganu, ke perak , ke klang dan akhir skali ke Temerloh semula. Kami sebenarnya teringin sangat nak melihat sendiri keindahan ciptaan Illahi dengan melalui banjaran Titiwangsa dan tasik temenggor dan aktiviti terakhir misi ini ialah merasai sendiri  ketam lembut di kuala gula. Kami menggunakan peta pada galaxy tab sebagai penunjuk arah, perjalanan ini kali pertama, jadi kami memang tak tahu jalan, main terjah jer.Sebab tu saya lebih suka memberi nama misi ini "Mission Imposible 1". Bermula pada hari selasa, tepat jam kul 9.30 pg kami bertolak dari temerloh menuju ke kuala...

Cuti di Langkawi-Bahagian2

Alhamdulillah...sambungan episod lepas cuti di langkawi. cantik sesangat pemandangan dari bilik hotel bay view, langkawi ni. Terdapat banyak kapal layar yang ade kat pesisir lautan kat bandar kuah ni. Kami bersarapan sambil menikmati pemandangan nan indah ni. pandangan dari bilik hotel bay view, tingkat 7 Pastu saya menoleh ke kanan, nampak pula swimming pool. Kalo anak2 nampak ni, sure nak mandi..takde lah xtvt nak berjalan2 di langkawi ni.Erm..amyra bangun..tengok kat tingkap...dah nampak.Puas pujuk, mandi kolam esok jer, harini nak naik "cable car"..pegi "underwater world"..island hopping..bla..bla.. kolam renang ni kat tingkat 4, patutlah tak nampak kat lobi.. Saya pun terus menyiapkan anak2 dan segala aksesori untuk di bawa. Sebab nak pegi tempat naik cable car jauhnye lebih kurang 45km dari hotel. Dalam perjalanan, anak2 diam jer..mengantuk mungkin. Saya pun cam pening je..jalan bengkang-bengkok. Sesampai jer kat tempat parking...

Cuti di langkawi-bahagian 1

Alhamdulillah..diberi rezeki dan masa untuk membawa anak2 menaiki kapal terbang.Saya dah check in secara online tiket kapal terbang ni.Senang sket, terus drop bag di LCCT. Lamanyer nak tunggu, pastu delay 15 minit sebab cuaca tak mengizinkan. Pastu nak naik tu jauh juga kene berjalan...hujan renyai2, bayangkan saya dengan dukung aniq, beg bimbit dan pegang payung...harunyer raser. Ini pertama kali naik kapal terbang..macam2 soalan yang anak2 tanya. Pastu, amyra nih sume benda2 lam kapal terbang tu di usiknyer. Sebaik tak minta nak tengok toiletkan. Kami sampai di Langkawi jam 9.15 mlm.Syukur sangat bila menjejak kaki kat lapangan terbang langkawi. Siap bergambar lagi. Anak2 terpegun tengok kapal terbang "besar"..kata mereka..belum lagi tengok yang lagi besar tu.   dah jejak kaki di langkawi... Kami pun mencari2 pak su, tuan punya kereta yang kami nak sewa..tak kenal pun...saya minta suami tepon supaya cepat kami mencari pak su. Lagipun anak2 dah kelap...

Swiss- Court holiday Apartment, Damai laut, perak (Bhg. 3)

Salam manis buat semua... Sambungan dari n3 bercuti di damai laut. Ni hari ahad, selepas check out, kami pun bergambar2 kenangan kononnye. Kami menjelajah seluruh resort sebelum balik ke Temerloh. . Jadinya, layankan gambar2 ni.. . Di luar lobby Swiss court holiday apartments . . . Villa di swiss garden resort, damai laut . . . View dari lobby swiss garden resort & spa . Hotel Swiss Garden di Damai laut. . . http://www.swissgarden.com/hotels/sgrdl/ Kemudian kami ke rumah adik untuk makan tengahari bersama2. Kami pergi pula ke lumut untuk membeli belah beberapa barang dan makanan. Jadinya kami bertolak kul 4 ptg tanpa berhenti rehat dan sampai di Temerloh kul 8 mlm. Tamatlah cuti2 kali ini. Jumpa lagi, wassalam.

Damai laut, perak (Bhg.2)

Salam buat teman2 seperjuangan semua, didoakan semoga semuanya sihat wala'fiat. Maklum sajalah perubahan cuaca dari sejuk ke panas ramai yang terkena batuk dan selseme. Kami sefamili, alhamdulillah sihat. Nak ceritanyer di Lumut sangatlah panas..sampaikan bibir anak2 mama izan pecah2. Xtvt hari sabtu tu, pepagi dah pegi amik umi dan terus gi lunch kat restoran silaturrahim, dekat dengan kuarters TLDM...memang banyak jenis lauk, rambang mata nak makan ape..air pun macam2 jenis dan rase... . Dah kenyang kami pun meronda2..memula pegi ke teluk batik..adoi kene bayar park..so kami x masuklah..pastu menuju ke marina island..pulau buatan ni..tapi tak siap sepenuhnye lagi..kat sini pun ade jeti naik feri ke pulau pangkor dan jaraknyer lagi dekat berbanding jeti di lumut. Mama izan memang x dapek nak snap picca coz baby aniq xreti dok diam. Kalo nak diciterkan marina island ni macam kat putrajaya lah lebih kurang.. bukan itu aje..marina water park pun ade juge. . Kami tingin gak tengok tem...