Skip to main content

Damai laut, perak (Bhg.2)

Salam buat teman2 seperjuangan semua, didoakan semoga semuanya sihat wala'fiat. Maklum sajalah perubahan cuaca dari sejuk ke panas ramai yang terkena batuk dan selseme. Kami sefamili, alhamdulillah sihat.

Nak ceritanyer di Lumut sangatlah panas..sampaikan bibir anak2 mama izan pecah2. Xtvt hari sabtu tu, pepagi dah pegi amik umi dan terus gi lunch kat restoran silaturrahim, dekat dengan kuarters TLDM...memang banyak jenis lauk, rambang mata nak makan ape..air pun macam2 jenis dan rase...
.
Dah kenyang kami pun meronda2..memula pegi ke teluk batik..adoi kene bayar park..so kami x masuklah..pastu menuju ke marina island..pulau buatan ni..tapi tak siap sepenuhnye lagi..kat sini pun ade jeti naik feri ke pulau pangkor dan jaraknyer lagi dekat berbanding jeti di lumut. Mama izan memang x dapek nak snap picca coz baby aniq xreti dok diam. Kalo nak diciterkan marina island ni macam kat putrajaya lah lebih kurang.. bukan itu aje..marina water park pun ade juge.
.
Kami tingin gak tengok tempat membuat pelantar minyak. Umi pun tunjuk jalan tempat abah keje. Nama syarikat tu Kencana HL. Memula sampai tu ape yang terdetik dihati "..apakah tempat ini, macam tempat nak berperang.."..iyerlah, dengan jentera2 beratnyer, dengan manusia yang bertebarannyer..dengan debu2nyer..kuat sungguh jati diri mereka yang keje kat sini.
.
Menurut abah pelantar yang dibuat ni akan dihantar ke India. Lam setahun adelah sorang yang meninggal sebab xcident. Tapak pelantar ni lam keadaan baring. Abah akan naik sehingga ke atas bahagian ni untuk cek tempat2 yang dah diwelding..ketinggiannyer lebih kurang 5 tingkat bangunan. Mama izan naik bangunan pun gayat, kalo keadaan macam ni mahunyer ketar lutut.
.

tapak paling bawah pelantar minyak

.

Suami mama izan tanyer cane dengan karat2 kat besi tu, tak ke reput dok lam laut. Menurut abah bila dah siap welding sume bahagian..pelantar tu akan di blasting dengan pasir untuk hilangkan karat2 tu..pastu barulah di cat.

.

yang ni tapak kedua diatas tapak paling bawah

ni pula bahagian paling atas pelantar minyak
.
So, sesape yang datang ke lumut, jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri pelantar ni semasa pembuatannyer kat pelabuhan lumut. Itu pun kalo pelantar ni tak dihantar lagi ke India.
.
Dan selepas tu kami meronda lam resort lak.Besar kawasan resort ni..sebab ade padang golf.


pool juga disediakan..






bangunan apartment di swiss garden

playground untuk kanak2 juga disediakan

view dari bukit yang tinggi



Selepas menikmati pemandangan indah sekeliling resort. Merehatkan diri dulu. Petangnyer bermandi,berendam didalam kolam..seronoknyerlah tengok anak2 ni. Mama izanyer malu nak lebih2. Layanz gegambar nih..



.
.
sape punyer tu aniq amik..
.


Anak2 ni, dah berendam lam kolam pun x puas lagi. Sambung lak berendam lam bath tab kat apartment. kami biarkan jerlah..layanz...Perut pun berkeroncong..laponyer. So, umi dan abah bawa gi makan ikan bakar kat Teluk muroh bersebelahan dengan teluk batik. Tempat makan ni atas air leh tahan gak terasa angin laut ni.



nilah makananyer, ade lagi x masak lagi..ikan pari bakar..memang kenyang



Sesudah makan malam bersama umi dan abah (panggilan mak sedara anak2). Kami pun bersantai kat playground di lumut sehingga jam 12 malam. Aktif sungguh mereka ni. Umi dan abah yang rajin melayannyer.



aniq pun join gak


Pastu kami pun bergambar2 kat esplanade wing ni..dah menjadi kebiasaanya berposing disini. Tapi gambar x bape cun, so mama izan tak letak kat sini..nanti wat sakit mata je nengok.



Ok..cukup dah setakat ni..xlarat nak mengedit gegambar ni..wassalam

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .