Skip to main content

Gambang Water Park

Salam buat pengunjung blog mama izan...
.
Hari selase yang lepas mama izan dan keluarga bermandi manda di gambang nih. Sebenarnya tak plan pun nak pegi..yang nak peginyer sis ipar mama izan...so anak2 dah dengar nak main air..dan dengan harusnya mereka pun nak ikut. Makanya, mama izan dengan sabarnya menyediakan pakaian salinan dan aksesori anak2 untuk dibawa.
.
picca dari pintu masuk waterpark ni..
.
.
mama izan berpakaian rona purple..
.
.
Rasenyer ramai lagi tak sampai ke situ kan. Tempatnyer 30 min dari Kuantan dan 1 jam dari Temerloh. Nak masuk dalam tu sudah semestinya kene bayar dulu, untuk dewasa RM21.90 dan kanak2 yang tingginya lebih 90cm, RM14.90. Memang berbaloi pun sebaba ade banyak tempat untuk main, lebih kurang 5 bahagian untuk main air, antaranya coco beach, penguin island, 6 lane racer slides, pool dan slides for kids.
.
.
penguin island
.
.

ikan besar kat atas tu akan simbah air bila dah penuh..memang fun lah..
.

.amyra merengek, papa letak die ke tengah..slide for kids
.

kazen Aniq ni paling seronok main air..

.

pool side

.
Dah kesejukan main air, mestila laparkan..so menjamu selera ape yang ade. Pondok2 ni disewa, yang kami duduk ni ayah apis sewakan , RM42 dapat satu set piza. Ade pondok yang kecik sker RM32 jer.

.

aniq ni dok main air gak kat pondok ni..
.

.
Amyra dan yang lenlain pegi main kat coco beach..bahagian yang jauh skali lam gambar ni..

.

Mama izan tak join main kat coco beach sebab dah menggeletar kesejukan dengan angin2 yang kuat dan hujan renyai2. Seeloknya main air kat sini mase musim panas, xdelah mengeletar.

ok...rasenyer cukup untuk kali ni..jumpa lagi, wassalam.

Comments

  1. kak Zai selalu bawa anak kat Sunway Pyramid tapi tak mandi pun jadi jaga aje hehe....

    ReplyDelete
  2. k.zai..ok x utk budak bwh 6 thn kat sunway tu??sbb dah plan cuti2 utk staff raya posa tahun ni bermandian di sunway pyramid..
    a..a..kadang seorg ibu ni jd jaga jer..

    ReplyDelete
  3. sunway sesuai je utk budak bwh 6 tahun. mmg nice la;P hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...