Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak-anak

Bertambah cerdik..

Salam ukhuwah..menjadi seorang ibu ni banyak betul perlu dilakukan sehinggakan tidak sempat untuk saya update blog ini.Sepatutnya waktu begini saya sedang sibuk memasak untuk sediakan makan tengahari,tetapi kami ade undangan ke majlis pertunangan adik ipar kepada bos suami saya dulu.Jadinya waktu baby sedang tidur saya pun terasa nak menulis sesuatu. Baby aniq 9 bulan Khamis yang lalu saya membawa baby untuk check up..lagi 3 hari baby mencecah usia 9 bulan, alhamdulillah berat meningkat,sekarang sudah 7kg..lenguh juga kalau lame mendukungnya. Apa yang ingin saya suka nak cerita tentang baby saya ni..semasa baru sampai di klinik dan hendak duduk baby saya menangis kesedihan..saya amat pelik biasanya die suka kalau dibawa jalan2..jadinya saya pun mendakapnya...no. giliran 16 tertera saya dengan konfidentnya terus masuk..".. emm no. sama ke ?"ada seseorang menegur saya..lantas saya tengaok no. giliran ..rupanya no.19..saya memang betul2 mengantuk waktu itu..".. minta maaf ...

Permata2 hati mama..

Salam semua.. Saya asyik bercerita pasal kedai saja.jadinya hari ini nak perkenalkan permata2 hati saya yang kadang2 menggembirakan dan kadang2 memeningkan..walau apapun tetap anakkan. Ini anak yang pertama, sekarang sudah mencecah 5 tahun dan sudah bersekolah tadika.Perangainya agak kasar dan kurang berhati2 dan hati yang keras.Sangat bertanggungjawab. Amyra Fariza Bt. Aminudin Sehari selepas lahir Dan yang ini anak kedua,gambar baby dia tak taulah kat ner tak jumpe mama. Sangat sensitif dan kuat mengamuk,kurang sabar.yang baiknya sangat prihatin dan suka membantu.Sejak lahir menangis saja,sampaikan mama buat keje sambil dukung.Sentiasa nak dengan mama. Amirul Fariz B. Aminudin usia ketika ini 9 bulan Manakala yang ini permata ketiga.Bila dapat tahu pregnant mama pun berdoa setiap kali lepas solat supaya anak yang lahir tidak kuat menangis macam abangnya..rase tak larat sangat melayan kerenah abangnya.Bulan ramadhan tiap2 hari baca quran dan berdoa lagi.Alhamdulillah wasyukurillah......