Skip to main content

Posts

Showing posts with the label makan2

Makan2 @ family gathering

Alhamdulillah...kami diberi rezeki dan ruang waktu untuk bersama2 berkumpul bersama keluarga belah en. suami. Sebenarnye abg ipar en.suami yang telah bercadang untuk belanja "makan besar" kami sefamili. Memandangkan aniq buat hal masa ni, dan kebetulan saya dok berjauhan dengan en. suami, makanya saya hanya makan apa yang ade depan saya jer. Seganlah nak minta orang len tolong amikkan.  Tak banyak gambar yang saya snap, sebab sibuk melantak...ekkeke sempat berposing dengan en. suami... Kami telah melantak dengan kenyangnyer di restoran ikan bakar tasik idaman, bangi. Banyak sangat menu yang disediakan, antara yang saya ingat, ialah butter prawn, sotong goreng tepung, tomyam seafood, ikan siakap 3 rase dan lain2 lagi. Makanan di sini adalah sangat sedaap, memang terbaik. Makan pun atas tasik..terapung2. gambar penuh, mereka yang terlibat xtvt makan2.. Dan hari tu juge kami menyambut birthday afina maisarah..comeel sangat gambar afina pada kek ni.. ...

Hujung minggu yang sibuk..

Salam buat semua pengunjung..didoakan semua sihat dan mudah dalam segala urusan. Oleh sebab anak2 keboringan tak kuar jenjalan memane, so aktiviti petang bermandi lam pool di stor bawah. Seronok gak mereka main, tapi baby aniq yang baru bangun tidur moody lak, tak nak join kakak dan abang. Di Temerloh ni ade satu jer pasaraya besar iaitu THE StOre. Harga barang2 yang bukan keperluan harian sangat2 mahal. Mama izan taka tahulah samaada mereka mark-up harga tinggi atau memang barang tu berkualiti sepadan dengan harganya. Jadinya mama izan akan membeli bila ade promosi jualan murah sahaja. Barang2 yang mama izan maksudkan ialah seperti baju kanak2, baju lelaki dan wanita dan cadar2. Semalam ade offer cadar2 sehingga 80% diskaun, mama izan tanya suami, boleh tak nak membeli, suami mama kata ok..sukernyer rase. Beli cadar pun setahun sekali bila ade offer macam ni. Mama izan silap tekniklah..so kene teleng sket kalo nak tengok, cadar nilah mama izan beli. Tak nampak harga lak.. Mahalkan..ka...

Sata Gau, Temerloh

Salam mesra buat semua teman2... Erm..sape pernah makan sata?? Rasenye orang pantai timur sangat familiar dengan makanan ni. Sebelum mama izan berkahwin memang tak pernah makan dan tak pernah nampak dijual di mana2 sekitar pantai barat. Pertama kali makan, memang terus tersuka (terkinyam-loghat N9). . Sebelum ni, asalkan pegi temerloh, mesti cari sata gau kat jalan maran yang sedap tu. Bukan orang lain pun yang jual, sepupu suami mama izan gak. Dari dulu sampai sekarang rasenye sama jer, memang mereka jaga kualiti sata tu. . . ni die rupe sata macam otak2kan . . Sata ni dibuat menggunakan ikan tamban dan kelapa, tidak ade campuran tepung pun, memang pure ikan. Dan ikan ni bermusim, so penjualannya pun bermusim. kemudian dibakar dengan bara, bukan api tau, so kene bersabar nak tunggu masak. . Mama izan pernah cuba makan sata yang di jual di kuantan dan kuala terengganu, ternyata rasenyer amat berbeza, sata gau, temerloh lagi sedap. . sata panas, satu batang RM3, ade lam 4 biji Sa...

Ikan bakar di Tanjung lumpur, Kuantan

As salam buat semua rakan2..didoakan semuanyer sihat alhamdulillah.. Semalam hari ahad kami tak merancang pun bawa anak2 kemana2. Suami mama izan berhajat sekiranya jualan semalam melebihi dari target makanya, beliau nak menjamu staff makan2 kat tanjung lumpur, kuantan. . Dah kul 6 ni tapi jualan biase saje..tak disangka kul 6 lebih, sudah melebihi target..suami mama izan call mama..suh ready nak ke tanjung lumpur. Jadinya bertolak dari temerloh kul 7 malam lebih kurang. . Memang tersangat gamblenyer, pegi jenjalan tanpa rancang, jauh lak tu lam 1 1/2jam. Kami kuar di tol gambang..sebabnya dari gambang ke kuantan lam 30km..sedangkan dari tol gambang ke tol kuantan 30km dan dari tol kuantan ke bandar kuantan 20km..jimat masa dan tol..actually kami baru jer tahu hal ni..sebelum ni gi kuantan kuar kat tol kuantan..aish..rugi betullah. . Sampai kat tanjung lumpur lam kul 9.15 mlm..mama izan pun pegilah memilih2..erm x banyak ikan..dah habis. So, ikan siakap stim limau,sotong goreng tepun...

Prosperity datang lagi

As salam buat sume pengunjung.. Setelah berpenat lelah ngecat, malam isnin kami pergi ke mc donald mentakab untuk menjamu prosperity. Setiap tahun memang kami tak lepaskan peluang ni, so bawa anak2 makan diluar memang seronok. rugi kalo tak rase, wat sendri blum tentu sama rasenyer Mama izan suke yang ayam tapi tak kuar lagi, ade yang daging jer. Daging pun daginglah, makan jer..selagi masih boleh makan lebih baik kita gunakan nikmat selera makan tuh. Nape kami makan di mentakab?? Sebab di temerloh takde mc donald. Dengar2 citernyer, company sebelah ni dapat projek wat mc donald sebelah petronas jalan bahagia, temerloh. 2 tingkat dengan ade swimming pool skali. Mungkin tahun depan baru mula buat. At least ade gak tempat nak bawa anak2 kuar berjalan2. Aniq memang suke sangat makan fries..kalo dah habih, merengek nak lagi. Abang ngan kakak kejap main, kejap makan. ok..jumpa lagi..wassalam