Skip to main content

Hujung minggu yang sibuk..

Salam buat semua pengunjung..didoakan semua sihat dan mudah dalam segala urusan. Oleh sebab anak2 keboringan tak kuar jenjalan memane, so aktiviti petang bermandi lam pool di stor bawah. Seronok gak mereka main, tapi baby aniq yang baru bangun tidur moody lak, tak nak join kakak dan abang.


Di Temerloh ni ade satu jer pasaraya besar iaitu THE StOre. Harga barang2 yang bukan keperluan harian sangat2 mahal. Mama izan taka tahulah samaada mereka mark-up harga tinggi atau memang barang tu berkualiti sepadan dengan harganya. Jadinya mama izan akan membeli bila ade promosi jualan murah sahaja.

Barang2 yang mama izan maksudkan ialah seperti baju kanak2, baju lelaki dan wanita dan cadar2. Semalam ade offer cadar2 sehingga 80% diskaun, mama izan tanya suami, boleh tak nak membeli, suami mama kata ok..sukernyer rase. Beli cadar pun setahun sekali bila ade offer macam ni.


Mama izan silap tekniklah..so kene teleng sket kalo nak tengok, cadar nilah mama izan beli.




Tak nampak harga lak..




Mahalkan..kalo tak offer mama izan memang tak beli.


Cuba kita kirakan RM238 - 80%= RM47.60 je. Cadar ni 100% cotton dan tebal. Mama izan tertanya2 nape yang harga jual mahal sesangat brape % di mark-up barang ni?. Macam mana leh bagi diskaun sebegitu banyak?. Ade untung ke? Stok lame ke? Katalah harganye lam RM45 kan, so, nak dapatkan harga RM238 brape di mark-up. Jadinya RM45+ 430%=RM238.50..lebih kuranglahkan. Kalo betullah begini, memang tinggi amat. So, mama izan beli 2 set king (sepatutnyer queen tapi dah rambang mata dah tak ingat) dan 2 set single.


Dah penat bershopping, suami mama izan bawa gi makan kat restoran Thalay (antara restoran tersedap di temerloh). Kami amik set untuk 3-4 orang makan dengan hanya RM45 sahaja, murah sangat. Menunya, ikan siakap black pepper kecil (tak ngam dgn citarasa kami, cuma nak rase je), tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan sedikit ulam dan free air buah satu jug sedang.


Gambar mandi kat pool takde sebab mama melayan aniq yang moody manakala mase makan2 tak bergambar sebab dah terlalu lapar nak makan..ok..wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .