Skip to main content

Akibat buruk loji nadir bumi di gebeng

Salam buat semua...macam2 yang kita baca pasal pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng,kuantan. mungkin ramai yang anggap biasa tapi kami tinggal di Temerloh, dekat jer dengan Kuantan kalau berlaku perkara yang tak sepatutnya.

Kejadian letupan di loji nuklear Fukushima benar2 memberi pengajaran buat negara kita. Tapi loji di Gebeng tetap diteruskan. Walaupun jepun terkenal dengan ilmu sains dan teknologi, namun kuasa Allah tetap tidak dapat dihalang. Inikan pula Malaysia, tahap mana sangat teknologi kita yang dikatakan mampu menghalang jika berlaku malapetaka alam.

Pada 2 April 2011, ahli parlimen kuantan, Fuziah Salleh menasihatkan MB, Pahang supaya memikirkan semula impak dari pembuatan loji ini. Banyak buruknyer kepada masyarakat di Kuantan, perniagaan, pelancongan, alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi mungkin juga terjejas. sumber

Bulan mac yang lalu, lebih 100 orang menyertai demo anti sisa radioaktif untuk membantah pembuatan loji nadir bumi yang terbesar di dunia di Gebeng. Ini menunjukkan penduduk di Kuantan memang tidak setuju. Tapi tindakan mereka tidak dipedulikan. Sumber

Apa yang menghairankan saya kenapa loji ini tidak dibuat di Australia?? Tapi kenapa malaysia beria sangat nak bina di sini..bukankah ini sudah jelas akan kesan buruk sisa radiaktif itu kepada manusia,haiwan dan alam sekitar..

Belum pun loji itu beroperasi, penjualan rumah2 di kawasan berhampiran loji nadir bumi menjunam. Dan saya yakin Kuantan bukanlah lagi kawasan peranginan dan tempat untuk famili bersantai di tepian pantai sekiranya loji ini tetap diteruskan pembuatannya. Sumber

Saya berharap mereka yang tinggal dan badan2 tertentu di Kuantan agar berbuat sesuatu untuk menghalang pembuatan loji ini demi keselamatan dan kesejahteraan semua.


Comments

  1. orang temerloh?

    check event ni. :)

    http://www.facebook.com/event.php?eid=204655699567692

    tolak nuklear.

    ReplyDelete
  2. eleh....tu metal utk o buat bnde2 eletronik je...buat2 lense spec n cmera...dlm laptop kita pun ade je metal ni..bkn radioactif mne pon...ce google 'rare metal or rare earth'...hnset pun radioactif gak..lg bhaya..ltak dlm poket je... radioactif rare metal ni sme je radioactif die gn copper atau iron..

    ReplyDelete
  3. mmg btl, tp cuba baca effect nye pd environment untuk mining and process the metal...

    Environmental considerations

    Mining, refining, and recycling of rare earths have serious environmental consequences if not properly managed. A particular hazard is mildly radioactive slurry tailings resulting from the common occurrence of thorium and uranium in rare earth element ores.[35] Additionally, toxic acids are required during the refining process.[11] Improper handling of these substances can result in extensive environmental damage. In May 2010, China announced a major, five-month crackdown on illegal mining in order to protect the environment and its resources. This campaign is expected to be concentrated in the South,[36] where mines are commonly small, rural, and illegal operations particularly prone to release toxic wastes into the general water supply.[10][37] However, even the major operation in Baotou, in Inner Mongolia, where much of the world's rare earth supply is refined, has suffered major environmental damage.[11]

    The Bukit Merah mine in Malaysia has been the focus of a US$100 million cleanup which is proceeding in 2011. "Residents blamed a rare earth refinery for birth defects and eight leukemia cases within five years in a community of 11,000 — after many years with no leukemia cases." Seven of the leukemia victims died. After having accomplished the hilltop entombment of 11,000 truckloads of radioactively contaminated material, the project is expected to entail in summer, 2011, the removal of "more than 80,000 steel barrels of radioactive waste to the hilltop repository." One of Mitsubishi’s contractors for the cleanup is GeoSyntec, an Atlanta-based firm.[31]

    In May 2011, widespread protests took place in Kuantan, Malaysia after a new rare earth refinery being proposed by Australia-based prospective rare earth mining company Lynas again raised concerns over the radioactive waste from the rare earth concentrate that would be processed in the region.[38] Construction of the facility has been halted until an independent United Nations IAEA panel investigation is completed, which is expected by the end of June 2011.[39]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora...