Skip to main content

Amyra semasa kecil..

Salam buat semua..Sukenye mama izan, mk sdare amyra jumpe gambar2 myra masa kecik. Sebenarnye banyak lagi gambar2 lame. Mama tidak ketemu cd nya.Mama izan nak tunjuklah sikit gegambar amyra semasa kecilkan.

Kat bawah ni semasa mama izan bekerja di hawami enterprise, pusat rawatan tradisional kat bangi. Kiranya membantu mak mertua mama izanlahkan. Mama izan mengemas di bilik. Amyra mengemas di meja kaunter. Semasa kecil pantang jumpe pen mesti die nak. Sifat ni menurun ke aniqlah..pantang kalo mama izan pegang pen sure die nakkan.

Pusat rawatan ni masih beroperasi, di tingkat dua. Kalo parking kete kat bawah, lagi tinggi kene mendaki. Masa mengandungkan amirul paling terasa sakit otot2 kaki. Lagi2 kalo sampai kat hawami amyra tido, kenelah dukung dengan perut yang boyot ni. Agaknye sebab turun naik tangga nilah yang amirul kuar 2 minggu awal.


gunting pun nak main

suke sangat dengan pen..


tidur, setelah penat "bekerja"



Kat bawah ni pula gambar kat rumah...sweet sangat gambar ni...


Masa dedulu asalkan papa tak keje kami akan bawa amyra main2 kat depan masjid putrajaya. Umah PIL mama izan 15 min jer dari putrajaya, memang kat situ jerlah tempat nak main2. Seronok tengok orang lain pun, kadang2 ade main kete kontrol, main basikal, main badminton. Macam2lahkan dan semua ni malam ahad.

Alangkah bestnyer kalo ade tempat agak2 macam ni kat temerloh. Kadang2 memalam nak bersantai tak tahu nak pegi mane, boring tau..

masa ni mama izan dah 7bln pregnantkan amirul..


ok..jumpe lagi, wassalam...



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...