Salam buat semua teman...hari ahad lepas kami berkampung di KLIA kerna nak menghantar mak dan ayah mertua mama izan untuk mengerjakan umrah. Kami doakan semoga mak dan ayah sihat tubuh badan dan dapat umrah maqbul.
Bergambar kenangan sebelum ke KLIA..
akhir tahun ni bertambah lagi 2 orang cucu kecik..
Sampai di KLIA kul 11 pg..Penerbangan kul 2..Jadinya anak2 ni bermain2lah di tempat menunggu tu..sementara mak dan ayah check in dan simpan beg.Selepas mendengar taklimat dan berdoa. Bersalam2an dan bersedih2an..mama izan sedih gak tapi tak samapi mengalirkan air mata..mama izan redha dengan pemergian ini hanya untuk seketika..lagipun mak dan ayah ingin mengerjakan umrah..biarlah mereka pergi dengan tenang.
Kami menghantar mak dan ayah sampai ke dalam tengok dari atas jer. Dah selesai barulah kami pergi makan. Dan kononnyer nak tengok mereka berlepas kat bahagian kargo.. tapi sampai kat tempat tu kul 2.30ptg. Walau apa pun..semalam mak dah tepon kata selamat sampai..alhamdulillah..wassalam..
Comments
Post a Comment