Skip to main content

Resepi mudah: ikan siakap stim limau

Assalam buat semua teman2...ini kali kedua mama izan mencuba masak ikan siakap stim limau. Dan mama izan nak simpan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan di masa hadapan. Sebelum nak masak mama izan adelah buat research sket bahan2nyer dan mama izan masak ni ikut citarasa kami sekeluarga. Mama izan pun lebih 5 kali makan kat restoran ikan siakap stim limau, dan barulah rase ade keinginan nak cuba sendiri.

Masakan berstim ni mudah dan sihat, jadi bolehlah nak makan selalu. Tapi tang nak beli ikan tu, kene tengok bajet gak. Kat temerloh ikan siakap sekilo RM20 - RM25. Ikan yang mama izan beli ni lebih sekilo untuk makan tengahari dan malam.

ikan siakap stim limau


Bahan2 ikan siakap stim limau:

* seekor ikan siakap (1 kilo lebih)

* 5 biji bawang putih dihiris

* 1 labu bawang besar di potong dadu

* 2 inci halia diketuk (hiris pun boleh)

* 6 batang serai dititik (dihiris pun boleh)

* 7 biji cili api dihiris (ikut tahap pedas yang anda suka)

* 2 biji tomato dipotong dadu

* 6 biji limau nipis (kalo nak masam lagi tambah 1 sudu cuka)

* garam dan gula secukup rase.

Cara2 memasak pula:


1.Panaskan periuk yang berisi air untuk stim. Kemudian letakkan ikan yang sudah diperap dengan garam dalam loyang atau pinggan yang melengkung.


2.Semua bahan2 tadi tabur pada ikan dan isikan sedikit air.Kalo nak banyak,letak air banyak.


3.Bila ikan sudah masak, perahkan asam limau tadi. Kemudian bolehlah dihidangkan ikut citarasa masing2.


Mudahkan..selamat mencuba.wassalam

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...