Skip to main content

Resepi mudah: Puding jagung berkuah

Salam buat semua pengunjung...kebiasaannya bila tiba hujung minggu mama izan akan sediakan makanan2 yang agak ringan untuk dimakan pabila rase lapar. Ini pun kalau tak balik kg KL. Minggu lepas mama izan buat dadih perisa pandan dan mama letak nata dicoco, memang ngamlah. Anak2 pun sibuk je cakap "yummy2".


Jadinya, minggu ni mama izan buat puding jagung berkuah. sebenarnya hari jumaat lagi mama izan dah buat. Dan mama izan nak kongsikan resepi mudah citarasa kami sekeluarga.


puding jagung berkuah.
.
Resepi puding jagung berkuah:


Bahan untuk puding:

* 1 tin jagung berkrim

* 2 tin air (sukat dengan tin jagung tadi)

* 1 cawan castard (brand ape pun boleh)

* 7 sudu besar gula (kalo tak nak letak boleh tapi agak tawar, kami suka manis sket)


Campurkan kesemua bahan2 ni dalam periuk dan jerang atas api sederhana. kacau sentiasa sehingga likat. Kemudian letak dalam bekas.


Bahan untuk kuah:

* 1 tin susu cair

* 1 tin cocktail

* 1 sudu teh esen vanila

* 6 sudu besar gula

* 1 sudu tepung kastard (untuk pekatkan kuah, kalo tak letak pun takpe)


Masukkan kesemua bahan2 dalam periuk dan jerangkan. Kacau sehingga mendidih dan kuah agak pekat sket.


Ini adalah resepi citarasa kami, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi tak timbul masalah saya buat tak betul ke, salah resepi ke.ok..selamat mencuba.


Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...