Skip to main content

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL, tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence" atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan.


Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja.




gambar sekadar hiasan



Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan.


Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada mereka yang berumur 21 thn ke atas dengan ketinggian 154cm. Mama izan memang tak lepas sebab tinggi 153cm.




Banyak sebenarnya perkara2 lain diberitahu dalam buku tu, mama izan pun kene baca untuk menambah pengetahuan dari segi pemanduan, penyediaan diri dan sebagainya semasa memandu bukan hanya sekadar ambil lesen malah lebih dari itu sebenarnya.


Antara perkara yang mama izan baru tahu ialah konduktor bas pun kene ade lesen juga tapi bawah dari GDL. Mama izan doakan semoga suami mama izan lulus ujian GDL tu.




Kalo nak tahu lebih pasal GDL ni boleh ke sini..lesen vokasional.


Comments

  1. Saya ada lesen GDL.. tp nak dekat tamat dah.. macam mana nak renew kan dia ye? dengar crite kna ambil balik borang & jumpa balik doktor.. betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai tamat,kalau tamat kena buat rayuan lepas itu kemukakan sijil khusus JPJL2C. Kalau rayuan tak yah kena test lagi cuma dengar ceramah jer.

      Delete
  2. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Tempoh lesen diberikan - 7 Tahun (Akta 334)
    2.kesalahan lebih muatan - RM1000-RM10,000 penjaran 1Thn (Akta334)
    3.Tempoh larangan penggunaan- 10Hari Notis PG1 (Akta 333 & 334 carilah sendiri)
    4.notis penarikkan balik larangan penggunaan kenderaan- PG2

    ReplyDelete
  3. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Yang mengeluarkan permit A dan C- Jabatan Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP)
    2.Maksud BDM- Ditentukan oleh ketua pengarah JPJ (akta 334 & 333)
    3.Perakuan Enjin Diesel- SIRIM
    4.Maksud BTM - Berat sesuatu kenderaan temasuk Badan
    5.kesalahan seksyen 42 - RM6000 5thn

    ReplyDelete
  4. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Tujuan lorong kecemasan- KHAS untuk laluan kecemasan ambulans
    2.pemeriksaan berkala- kelas atau kenderaan yang ditentukan untuk tempoh yang tertentu (akta 334 & 333)
    3.segi tiga kecemasan yang perlu ada - lori trailer
    4.kelas yang boleh ambil GDL dalam tempoh percubaan - kelas C
    5.jarak tanda tiga segi - lebih kurang 150 kaki (tidak kurang 45 meter)
    6.pemanduan di waktu malam kena baca
    7.maksud kenderaan decontrolled- kenderaan perdagangan BDM bawah 5000 KG
    8.lesen pembawa untuk kenderaan pejabat pos- Lesen permit A

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 7 tu skrg da up 7500kg skrg kn brg de-control

      Delete
  5. contoh soalan2 ujian GDL

    1.apakah maksud fisiologickal - tekanan mental dan fizikal
    2.tempoh penahan sesebuah kenderaan oleh jpj- 48Jam
    3.maksud pembawa A atau C- sewa & upah / barang sendiri
    4.lesen Gdl boleh dibatalkan disebabkan - ketidak upayaan jasmani & tatalaku pemandu

    ReplyDelete
  6. aku dah 2 kali gagal fuhh..ini 18hb. nih test lagi tengok ler..bnyak nak kena baca dan ingat..dah macam nak interview kerja jpj pulak...akta 333 dan 334 nak kena baca fuuhhhh lepak beb dahlah cari jawapan dalam internet susah gile

    ReplyDelete
  7. Maksud kenderaan decontroled pe mama?

    ReplyDelete
  8. Kalau lesen GDL dah tamat tempoh setahun masih dapat renew??

    ReplyDelete
  9. boleh tak nak tahu contoh2 soalan lesen gdl yang baru ?

    ReplyDelete
  10. Lesen GDL pada 2017 - rm265 termasuk gst dah.

    Medical check up - rm20-50

    Lesen GDL - rm20 setahun

    Utk renew,hny buat check up dan pg ke jpj utk renew.

    ReplyDelete
  11. kat klinik mana boleh dapat harga yg murah utk check up ek?..area kl..

    ReplyDelete
  12. Boleh x bawak lori btm 2800kg,bdm 5000kg menggunakan lesen gdl class D

    ReplyDelete
  13. 9 oktober 2017 start kursus..ambil gdl, harap² luluslah ujian 13 oktober ni nanti..��

    ReplyDelete
  14. salam semua..lesen gdl sya hmpir 4 tahun tamat...msih ble renew kaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipanggil belajar dan pergi medical check up lagi

      Delete
    2. Boleh jer nk renew...walaupon da lbih 7 ke 8thun..g ke jpj jer renew...

      Delete
    3. x boleh kalau dah lebih 3 tahun

      Delete
  15. Klau GDL dh 2 tahun mati, mcm mana? Boleh renew ke jpj je ke?

    ReplyDelete
  16. Klau GDL dh 2 tahun mati, mcm mana? Boleh renew ke jpj je ke?

    ReplyDelete
  17. Btm 3380 dan bdm 7000 boleh bawa ker pakai lasen gdl D

    ReplyDelete
  18. Lesen GDL utk 2019
    Lesen RM150
    Medical RM60
    24/1/2019
    Sy test GDL 😁😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa antara contoh soalan nya bro. Bari plan nak buat lesen gdl ni

      Delete
  19. btm 2880 bdm 7000 boleh ke guna lesen gdl D..

    ReplyDelete
  20. Harga nk renew lesen n gdl rm brapa medical check up rm

    ReplyDelete
  21. aku baru jer lulus gdl dpt 44 markah,.nk exam mintak tangguh selama 2 minggu,baru boleh sempat study,jgn terburu nk cepat exam,alhamdullilah berkesan...tapi satu jer duit medical checkup klinik punya la mahal 80 ringgit kena,bayar celaka betui..aargghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wak..bole tak kongsi soalan kertas yang di soal @undang2 dlm kertas soalan ujian bertulis yg wak duduki tu..pelese

      Delete
    2. Hai wak..bole tak kongsi soalan kertas yang di soal @undang2 dlm kertas soalan ujian bertulis yg wak duduki tu..pelese

      Delete
    3. Hai wak..bole tak kongsi soalan kertas yang di soal @undang2 dlm kertas soalan ujian bertulis yg wak duduki tu..pelese

      Delete
  22. Thank You and I have a tremendous proposal: How Much Should House Renovations Cost house renovation cost

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora...