Skip to main content

Cuti di langkawi-bahagian 1

Alhamdulillah..diberi rezeki dan masa untuk membawa anak2 menaiki kapal terbang.Saya dah check in secara online tiket kapal terbang ni.Senang sket, terus drop bag di LCCT. Lamanyer nak tunggu, pastu delay 15 minit sebab cuaca tak mengizinkan.

Pastu nak naik tu jauh juga kene berjalan...hujan renyai2, bayangkan saya dengan dukung aniq, beg bimbit dan pegang payung...harunyer raser.

Ini pertama kali naik kapal terbang..macam2 soalan yang anak2 tanya. Pastu, amyra nih sume benda2 lam kapal terbang tu di usiknyer. Sebaik tak minta nak tengok toiletkan.

Kami sampai di Langkawi jam 9.15 mlm.Syukur sangat bila menjejak kaki kat lapangan terbang langkawi. Siap bergambar lagi. Anak2 terpegun tengok kapal terbang "besar"..kata mereka..belum lagi tengok yang lagi besar tu.


 dah jejak kaki di langkawi...

Kami pun mencari2 pak su, tuan punya kereta yang kami nak sewa..tak kenal pun...saya minta suami tepon supaya cepat kami mencari pak su. Lagipun anak2 dah kelaparan nak minum susu. Kami dapat kereta saga BLM, sewa..24 jam RM60 jer. Kami sewa 37 jam jer, jadinya RM100..Uishh gelap gelita ni dah jam 9.40 mlm. Dah lah tak tahu jalankan, pak su yang baik hati tunjukkan kami jalan sampai hotel. Lebih kurang 20km dari airport.

Kemudian, suami saya pun check in bilik. Kami menginap 2 malam di hotel bay view, di bandar kuah langkawi. Sebaiklah bebudak ni tak nampak swimming pool. Kalo tak sure nak mandikan.Saya pun tertanya2 juga... mana swimming pool.

 nilah ruper biliknyer..besar sebab xde balkoni..

Saya terus masak air paip dan buat susu untuk anak2 sebelum mencari makan. Kebiasaanya memang kami akan cabut wayar tepon sebab anak2 sukelah menekan2.

 pertama kali dok hotel yang semua suis lampu,tv dan ekon dlm satu box.. hanya tekan jer..senang..

amirul fariz buat ape tuh..?


Dah setelkan anak2 kami pun keluar jalan2 cari makan. Aduhai nak makan kat mana ni...last2 jumpelah satu tempat yang saya tak ingat namanye..ramainyer orang...lama menunggu. Dah dapat makanan..anak2 sorang pun taknak makan, leka main kejar kucing.

Sampai hotel kul 11.30mlm..ingatkan bebudak ni terus tidur..rupernyer dok main2 lagi..xplore bilik hotel tu. amyra tanya"..mama..mana swimming pool"..xdelah saya jawab.."ade, mia nampak kat tv.." tanya lagi..erm bebudak ni...akhirnya dah dapat susu semuanya ketiduran..ok..soknyer kami buat ape..tunggu..wassalam

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...