Skip to main content

Staff vs barang hardware

Alhamdulillah..bisnes berjalan lancar sehingga hari ini. Walaupun kene menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dari segala aspek. Masalah pekerja yang tak lekat. Cukup sebulan dah macam2 hal, macam2 penyakit yang ade, semalam puas saya memikirkan apa masalah utama yang tak lekat tu.

Semalam saya mengemas serba sedikit beberapa barang yang tak sempat staff saya susun dengan lebih teratur dan menarik, kebetulan pula aniq farhan tido, jadi saya gunakan kesempatan yang ada. Tak naklah nanti kastemer kata yang bukan2, bersepah... dan memudahkan kastemer untuk memilih barang2.

Lepas tu saya terfikir, betapa 3 kali ganda barang2 yang ade dalam kedai berbanding 3 tahun lalu, memanglah staff yang baru jadi stress, banyak mende nak kene ingat.  Kami pula seolah2 memberi tanggungjawab kepada mereka melayan kastemer dan leh adjust harga. Mereka jadi serba salah dan bila melakukan kesilapan mereka jadi tertekan.

Jadinya Saya berbincang dengan suami, kalo kita tengok pekerja2 di kedai kain dan sebagainya boleh keje lame sebab tanggungjawab yang melibatkan harga, diskaun dan sebagainya, pengurus yang setelkan..jadi mereka kurang stress. Mereka ni hanya susun barang dan amik barang yang kastemer nak. Lagipun, kalo dah hari2 dok kat kedai selama 8 jam, rasenyer barang yang ade dalam kedai akan mereka ingat secara otomatik, walaupun kita tak suh staff ni ingatkan barang2.

Suami saya kata, lepas ni staff hanya pegi amik barang dan kemas barang2, tidak diberi tanggungjawab adjust harga dengan kastemer. Kenapa yang saya sibuk sangat cari staff lagi bukan ke kurang overhead kalo staff kurang..??. Bukannyer kami tak boleh jage kedai sendiri, tapi kalo suami saya ade keje diluar dan supervisor cuti, macam mana saya nak handle kedai dengan anak2 lagi. Kalo kedai runcit mungkin mudah hanya scan barang keluar saje, tak penah lagi orang beli tepung tanya.."..kak..macam mana nak wat donut.." betul tak??

Beza dengan kedai hardware, macam2lah kastemer tanya, terutama yang berkaitan dengan paip. Jika saya tak tahu saya akan call suami tanya. Saya yakin kalo kat kedai cina jangan harap mereka nak layan masalah kastemer, dah jual dah. Mungkin rundingan percuma oleh pihak kami menyebabkan orang india pun beli dengan kami, sedangkan barang yang dibeli ade je kat kedai sebelah ni.

Setelah sekian lama barulah mesin2 elektrik ni ade tempat yang sangat selesa. Almari free daripada pembekal. Alhamdulillah, tahun ni banyak sangat barang free yang kami dapat. Kami menjual mesin2 berjenama dewalt dan black n decker. Manakala yang selebihnya daripada china sesuai untuk kegunaan individu.





Sejujurnya, suami saya memang suke guna black n decker. Kerna ianya tahan lasak. Ade satu screw driver bateri bentuk macam pistol...entah bape kali jatuh dah... suami saya beli masa keje di kedai hardware, bangi lagi, masih elok dan boleh digunakan lagi..memang tahan lasak.

Rasanya cukuplah perkongsian pengalaman untuk kali ini. Sekian, wassalam...


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...