Skip to main content

Arnab ND dah beranak..

Alhamdulillah..berakhir penantian kami untuk melihat arnab ni membiak. Arnab2 ni dilahirkan 15oktober yang lalu dan masanya tidaklah dapat dipastikan. Suami saya perasaan dah kul 9.30 mlm. Agaknyer baru sejam dilahirkan sebab darah masih ade lagi.

Kita ni kalo lepas besalin nak jalan pun hati2. Tapi arnab ni..leh lari2 lagi. Suami saya pun asingkan yang jantan. Masa nak asingkan tu puas cari mana yang jantan..tak tahu nak beza. Bila belek2 rupernyer yang perang ni betina sebab ade susuanyer, manakala yang hitam tulah jantan. Masa beli dulu, penjual tu kata yang hitam tu betina.

Apabila letak yang arnab ND hitam ni dengan arnab ND hotot putih, yang hitam asik kejar yang putih. Tapi kami wat tak tahu jer. Hari ahad makin dasyat lak gaduh..dah lembik yang putih sampaikan tak lalu makan 2 hari.

Seronoknye..ade baka untuk ND ni. Saya tak pasti ND ni besar mana. Tapi suami kata besarnyer macam yang hitam tu..jadi sebesar 2 tapak tanganlah yang dewasa. Arnab yang biasa kami bela dulu memang besar..tu yang bagi kat orang sebab besar sangat.

Kat bawah ni gambar arnab yang baru lahir, tak berbulu...


 elok je..mk arnab ni tengok baby2nyer...


Suami saya pun nak ajarlah baby2 ni menyusu, sekor2letak kat dada mak arnab ni. Tapi arnab2 pandailah merayap cari sendri susu. Dah siap, suami saya usap hidung mak arnab supaya maknyer leh bau anak2nyer ade bau tangan suami saya. 

Saya rase kesian lak..takkan nak biarkan anak2 arnab ni kesejukan. Takpelah..haiwan..tahulah die...Esoknye, saya tengok mulut mk arnab penuh dengan bulu2. Kata suami saya mknyer yang cabut bulu2 di dada dan letak kat anaknyer supaya tak kesejukan..dan supaya anak2nyer senang nak menyusu bila bulu kurang kat dada. Terharunyer betapa sayang kat anak2nyer.

Cuba perhati dekat2 ade bulu kat mulut mk arnab tu..



banyak betul bulu arnab ni...


Saya memang takde masa nak layan arnab2 ni. suami saya lah yang rajin. Siap beli lobak bagi kat arnab ni supaya dapat makanan yang berkhasiat. Anak2 arnab ni menyusu 2 kali sehari dan hanya 5 minit sahaja. Kita pun memang amat sukar dapat tengok waktu bila mak arnab menyusukan anak2nyer.

Apabila dah bercerai susu nanti..kami nak kawinkan dengan arnab ND hotot lak. Insyaallah jika ruang waktu yang banyak, saya akan cerita pasal arnab2 ni. Rasanya ramai yang minat arnabkan..k.wassalam..



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...