Skip to main content

Al-kisah 2008

Salam semua..

Oleh sebab ramai yang tanya macam mana saya boleh tinggal di Temerloh,jadi saya pun buat blog ini untuk kongsi bersama rakan-rakan yang berminat.

Bulan april 2008 MIL saya ada singgah ke Temeloh selepas menziarahi anak saudaranya meninggal dunia.Semasa disitu ada kawannya cerita ada orang nak jual barang hardware borong,MIL saya pun pergi tengok..emm dia agak berkenan sebab memang hasrat suami saya nak buka kedai hardware.

Mil saya pun cerita dengan suami dan 3 hari lepas tu..pergi ke Temerloh tengok barang2 hardware tu..Jadinya suami saya amat teruja dengan semua itu dan bersetuju membeli borong dengan harga RM70k.Hanya dalam mase seminggu saya kene buat kertas kerja untuk buat loan dengan MIL saya.Ketika itu suami masih bekerja dikilang INgress sebagai supervisor.
Segala persiapan dilakukan untuk berpindah ke Temerloh.Saya amat sedih kerana tidak pernah keluar dari Selangor selama 26 tahun..tapi sudah rezeki saya disitu.

Dalam perjanjian,sewa atas kedai untuk kami tinggal, tapi bila sampai situ dia kata nak guna kedai atas.(janji Cina)..Sebaik bapa sdare suami ade tinggal dekat situ.kami menumpang selama 3hari sementara mencari rumah sewa.


Kunci kedai akan diserahkan pada 2Mei2008,dalam mase seminggu kami daftar perniagaan dengan SSM dan pindah ke rumah sewa.Rasa berdebar juga saya langsung tidak tahu menahu tentang barang hardware.Suami saya ada pengalaman bekerja kedai hardawre selama 2 tahun.


Bila tiba masanya suami mengambil kunci daripada penjual..alangkah gembiranya kami hasrat suami saya tercapai.
Gambar semasa di kedai lama.

Kami berniaga disini selama 3bulan sementara menunggu penyewa kedai sebenar kami untuk keluar.Semasa tengok tapak kawasan kedai yang awal tidak menjadi tumpuan..jadi kami dah cari kedai yang sesuai dibandar sebelum berpindah ke Temerloh..ternyata kata hati suami saya betul.Pernah sekali jualan sehari RM10..macam mana mahu hidup macam ni...

Rutin saya seawal jam 5 pagi sudah bangun menyiapkan sarapan dan makan tengahari untuk dibawa ke kedai.kami berniaga dengan anak2.ketika itu amirul belum boleh berjalan jadi apa yang saya nak lakukan terbatas kerana perlu menjaganya.
Amirul 10 bulan.



Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.Tunggu...si kecil sudah bangun.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...