Skip to main content

Selamat menyambut eidul adha 2010

Salam mahabbah buat teman setia blog kami..

Didoakan semoga mendapat kemurahan rezeki dan kesihatan yang panjang agar boleh beribadat..insya ALLAH.

Kami mengucapkan selamat meyambut eidul adha dan selamat berkorban serta selamat pergi dan balik kepada mereka yang sedang menunaikan haji di makkatul mukarramah.

Kami menyambutnya di jenderam, selangor rumah suami saya. Semua ipar duai dan biras2 pun ade..memasing cuti sehari jer tak sempat nak balik ke kampung. Hari raya kedua barulah kami menziarahi mak dan ayah mama izan di Klang, selangor..walaupun satu negri, jarak umah mak ayh mama izan dengan umah mertua lam 1 jam setengah..lame gakkan..mama tak sampai hati kalo tak melawat mak ayah mahupun mertua pada hari yang berbahagia ini..even kami cuti sehari pun kami akan pegi gak melawat..selagi mereka masih hidup, bahagiakanlah mereka walau hanya sekadar senyuman.


bergambar di pagi raya


Aktiviti lazim di sini ialah bertakbir dari rumah ke rumah dilakukan pada malam raya..yang istimewanya pada kali ini, amirul fariz pun ikut skali sehingga jam 12malam. Insya Allah lagi 2 tahun Aniq farhan pun leh turut serta.
minat dipupuk sejak kecil lagi
Di pagi raye nan indah kami berkumpul di ruang tamu dan mendengar sedikit tazkirah daripada PIL mama izan. Kemudian bermaaf2an dan bersalam2an mohon kemaafan. Setelah itu, pergi ke masjid beramai2 untuk menunaikan solat sunat hari raya.
amyra fariza bersama cousinyer amal atheerah..
dari kanan:aniq, ameer, hannah dan amal

Erm..kali ni berbeza..membakar sate di hari raya suatu kelainan selain dari melapah daging lembu kebiasaannya. Beratus cucuk gak sate yang pelu di bakar. Ada sate daging dan sate ayam. Suami mamalah yang paling semangat skali membakar sate..dah die pun yang nak sangat makan satekan. Selain itu menu raye kali ni ialah laksa johor dan kesemuanya dari air tangan MIL mama izan.



sate yang dah bersedia untuk dibakar




sate daging..sedaapnyer




suami mama izan yang bersemangat membakar sate..


sate ayam..lagi sedap



Beginilah ceritanyer di hari raya yang setiap tahun ade kelainan supaya tidaklah rase boring dan sebagainyer. Semoga ketemu lagi ya..

Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...