Skip to main content

Cuti2 1 Family - Bahagian 3

Salam ceria buat semua...

Lama sangat mama izan menyepi yer..erm..terlalu2 busy sampaikan x berkesempatan nak update.Dah sambut hari eidul adha barulah lega sedikit..walaupun begitu kerja2 memang x pernah habis..kalo nak dapat lebih kenelah keje lebih.. betul x?? Jadinya, di mana ade kemahuan di situ ade jalan..apa yang penting senantiasa berdoa..insya Allah apa yang diidamkan pasti akan dapat...cepat atau lambat bergantung kepada ketentuan Illahi.

Berbalik kepada tajuk yang sebetulnya..hari kedua bercuti kami bersukaneka pada paginya..walaupun hujan renyai2 kami tetap seronok bermain..lagipun hujan tepi pantai..insya Allah x terukkan..alhamdulillah memang anak2 sume x demam..

AJk sukan bersiap sedia menyediakan peralatan bersukan sebelum memulakan sukaneka.
mencuba peralatan..
peralatan sukan disediakan oleh resort..

ok..leh mula dah nih..

Mula2 bapa2 budak yang main, lawan tarik tarik..team superman lawan team ayah min..dan team ayah min pemenangnya..maybe nasib mereka baik, sebab ayah min kata payah gak nak kalahkan team superman.Pastu main terompah gergasi lak..dibahagikan kepada 4 team..team ayah min gak yang menang..tahniah diucapkan.
1,2,3...taariik..


terompah gergasi..


Dah siap tu..anak2 lak main lumba lari dalam guni. Macam2 gaya, ade yang macam rabbit, ade yang terbongkok2..macam2lah..haa..afrina pemenangnyer..



Lari dalam guni..


Sukan seterusnya masukkan air dalam botol dengan span..yang ini mama izan x dapat tengoklah sebab mama di bilik..ade kewajipan yang perlu dilakukan..nk tahu ke..??xyahlah biarlah hanya mama izan dan aniq jer yang tahu...he..he..


Dah selesai sumenyer..sesi penyampaian hadiah kepada sume pemenang. Nenek diberi peluang untuk menyampaikan hadiah ...yang x menang pun dapat gak..supaya anak2 hepi belakakan.



Para pemenang dengan hadiah memasing..



Rasanyer sampai disini saje buat kali ini.May be berjumpa di lain n3. Jika panjang umur dan di murahkan rezeki insya ALLAH. Mana yang baik dijadikan panduan dan mana yang kurang dijadikan sempadan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...