Skip to main content

Cuti2 1 Family - Bahagian 1

Salam mesra buat semua pengunjung....


Cuti2 1 family ni merupakan aktiviti tahunan keluarga suami saya.Tetapi kali ini agak berbeza kerana dirancang dengan teliti dan melibatkan keluarga sepupu sepapat. Kami bertolak ke Mercu Beach Resort, cherating hari sabtu 6/11/2010 dari destinasi masing2, ade dari kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan. Seramai 9 keluarga yang menyertai program cuti2 kali ini. Mama izan dan suami telah menyelesaikan tugas sebagai urusetia penginapan dan makanan, 2,3 hari sebelum pergi kami konfemkan makanan, hiasan untuk tempat makan, welcome note dan sebagainya.


Setibanya di sana anak2 sungguh tidak sabar untuk terjun kolam. Di sebabkan hari deepavali ramai yang bercuti disitu..jadinya mase check in ade beberapa bilik yang belum siap di kemas. Walaupun begitu, keghairahan nak berendam mengatasi segalanya, makanya bersalin lah anak2 di tepi kolam dengan pakaian renang masing2..anak2 mama pun tidak terkecualikan.Layan jek..

Anak2 sedara n sepupu sume terjun kolam..




Amyra dgn duck float, amirul dgn hannah montana float.ape daa..


Bila dah berendam lama2 mulalah perut berkeroncong mahu di isi. Makanya, brenti mandi dan minum petanglah kami makan goreng pisang dan keropok. Mama bawa mee hun goreng sesiap dari rumah sebab mama tau kalo dah berendam laponyer amat sangat tidak cukup sekadar makan kuih.


Kemudian mama izan dan anak2 pergi pula ke pantai melihat keindahan lautan yang terbentang luas, saujana mata memandang. Suami mama dan anak2 mandi laut..mama dan baby aniq tengok jerlahkan..seriau tengok ombak agak tinggi dari biasa maklumlahkan musim tengkujuh. Tepat jam 7 malam semua family bersiap2 untuk makan malam dan aktiviti bersama keluarga2.




Amirul lari xnk mandi laut..papanyer bawa ke tengah die takut..mamanyer pun tatut gak..tinggi ombaknyer..

Aktiviti diner kami mula jam 8.30pm..macam2 ada, cabutan bertuah, hadiah misteri..so..nantikan entri berikutnyer..tata..titi..tutu..

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...