Skip to main content

Kini bermula..

As salam buat teman2...

Bermulalah lembaran baru ceritera hidup kami untuk tahun 2011. Saya agak terkejut dengan berita yang menyedihkan..arnab kami coco telah mati kerana mengalami cirit birit yang teruk.

Rakan niaga sebaris dengan kami iaitu Zhuan Yi telah menutup kedainya. Mama izan idak lah tahu ape masalahnya. Mungkin kastemer kurang dan jualan tidak meningkat atau hanya statik sahaja. Kami pun risau juga keadaan seperti ini berlaku. Diharapkan kami dapt bertahan dan akan bertambah maju. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kedai ni jual segala aksesori bilik mandi yang harganya dari medium duty ke heavy duty.

Setiap tahun gaji pekerja akan naik, jika jualan setiap bulan hanya statik sahaja macam mana nak bertambah2 untung. Tahun ini kami naikkan lagi gaji pekerja mengikut prestasi dan kehidupan semasa. Ternyata taraf hidup semakin meningkat rentetan kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain. Bagaimana dengan majikan seperti kami, perbelanjaan semakin bertambah setiap tahun, tapi perniagaan hanya begitu sahaja.

Dengan sebab inilah, kami ingin membesarkan lagi perniagaan ini dengan menambah barang2 binaan seperti pasir, batu batan, dan sebagainya untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Untuk memperoleh pulangan yang besar, pelaburan juga besar. Semoga kami diberi jalan untuk merealisasikannya dan segala apa yang kami lakukan dipermudahkan.

Jiran baru, ayamas

Berita agak gembira kami sudah ade jiran baru, iaitu restoran Ayamas, dengan harapan daya penarik ayamas ni, kami pun dapat menumpang2 juga..kastemer mereka, kastemer kami juga dan menambah lagi orang dari Mentakab, Maran, Jengka untuk datang ke Temerloh...dan bertambahlah orang Melayu yang tahu akan kewujudan satu2nyer kedai hardware DIY di bandar Temerloh ni. N3 berikutnya lebih ditil pasal restoran ayamas ni. Jadi, jangan ketinggalan..


Sekian untuk tatapan kali ini, wassalam

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...