Skip to main content

Arnab makan rumput israel

Salam buat pengunjung semua...

Mama izan seronok betul tengor arnab2 ni makan. Sebelum ni, kami bagi makan lobak, kangkung yang dibeli dipasar. Beberapa hari pastu sekor arnab cirit, tak tahulah nape..mase tulah..now dah tahu..sebabnya arnab tak tahan dengan racun perosak yang ade pada sayuran tu. So, kita manusia ni leh lak tahan, tapi tak tahulah banyak mane now toksin lam badan. Sumernyer dah tak selamat nak di makan even buah2an pun.

Pas lek dari kampung haritu, mama izan adelah mencari rumput israel di tepi kebun getah belakang umah PIL mama. Rumput meliar jer ni, arnab memang makan rumput ni. Berselera jer makan, xde pun kene cirit.
.

lampu tu dipasang supaya arnab2 ni rase hangat, arnab xleh sejuk dan xleh mandikan

.

seronok yer dapat makanan
.
Kat temerloh ni dok lam bandar, takdelah plak mama izan nampak di tepi2 jalan. Kalo ade, nak gak amik, at least jimat beli palet arnab tu kan. Mane taknyer, arnab2 ni memang makan sokmo2(kerap). Mama izannyer bahasa memang ade campuran kelate, sebab PIL mama asal kelate.

Kalo nak bagi arnab makan sayuran, bolehlah bagi makan kangkung yang tumbuh meliar dan juga rumput israel. Rumput ni tumbuh menegak dan menjalar.

Adepun gambar rumput israel..
.

credit to My Cute Bunnies


Ok..jumper lagi..wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...