Skip to main content

Amyra Fariza tamat prasekolah

As salam buat semua pengunjung..alhamdulillah..syukur atas rezekimu ya Allah. Amyra Fariza pun dah habiskan semua pelajaran sekolah tadika di montessori school.


Kesan 2 tahun prasekolah ni pada amyra fariza yang sangat jelas ialah dia sudah boleh membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Kalo mamanyer dulu tak pandai lagi nak baca.

Kat sekolah ni yang paling saya suke pelajaran matematik, sebab ade belajar gune abacus atau sempoa. Secara tak langsung mama izan pun pandai gak gune abacus ni. Tambahan pula belajar kira kaedah arithmatik membentuk pemikiran yang sangat kreatif.

Manakala bahasa cina pula bolehlah mama izan kategorikan sebagai tahap bawah lagi..sebab dia tak boleh lagi menggunakan bahasa cina di rumah. Kadang2 mama izan guna sedikit sebanyak bahasa cina. Dan banyakkan tonton tv KBS 325 @ astro..supaya dia biasa dengan penggunaan bahsa cina ni.

Ade juga belajar sains dan pendidikan moral sedikit banyak membentuk peribadi dia menjadi anak yang baik.
Mama izan pula ajar iqra'..dan tahap sekarang ni, lehlah kata boleh mengaji, semua huruf dah kenal. Mengambil wuduk dan solat juga mama izan ajar. Bagi mama izan tak suke paksa2. Tapi bila dia dah pandai mengaji, senang untuk dia menghafal bacaan2 dalam solat.

Walau apa pun, mama sentiasa doakan amyra fariza jadi anak yang soleh dan bijaksana..ameen. Dan tahniah!!kerana berjaya menghabiskan subjek prasekolah dengan baik.

Di bawah ni kertas ujian amyra fariza yang terakhir prasekolah..tahniah!!





Jumpa lagi..wassalam..


Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...