Skip to main content

Graduation day amyra fariza & amirul fariz

As salam buat semua pengunjung...graduation day ni pada 20 nov yang lalu. Tak sempat nak tulis dengan cepat sebab banyak pula kerja di kedai.

Amirul fariz pun buat persembahan. Tak sangka mama, fariz buat dengan bersungguh2..apabila terjatuh, cepat2 die bangun. Papa pegi cari tempat duduk, mama pula siapkan amyra dengan baju recycle..mama buat simple jer..tema lebah..guna kain dan baju2 yang dah lame..kepak buat dengan plastik.


bilik menunggu..fariz dan kawan2..


fariz buat persembahan "twist2 hop2.." gitulah lagunye..

 Pertunjukan fesyen recycle yang dibuat oleh mak2 pelajar..kreatifkan mereka ni...



amyra dengan baju lebah..

budak lelaki pula tema robot, super hero, sponge bob..

Dah siap pertunjukan fesyen tu, mama terus ke belakang pentas untuk menyiapkan amyra dengan pakaian tarian pula..sebab cikgunye tak cukup staff..nak disiapkan dalam masa yang singkat.

amyra dan kawan2 tengah tunggu untuk buat persembahan.

persembahan tarian lagu "jai ho"..

Terakhir sekali penyampaian hadiah dan sijil..

amyra dapat no.3 dalam "spelling contest"..tahniah!!

penyampaian sijil pula..tahniah!!


Maka, dengan ini tamat sudah pra sekolah untuk amyra fariza. Tahun depan sekolah kebangsaan cina di bandar temerloh..cukuplah untuk kali ini, masa yang ada sangat singkat..wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...